Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Ucapan Hari Guru mewarnai Facebook SMK Paka

Facebook SMK Paka menjadi salah satu alat perhubungan yang paling mudah dan cepat untuk menyampaikan ucapan Hari Guru selain daripada menghantar kad dan cenderahati. Buktinya Facebook SMK Paka terus dihujani dengan ucapan selamat tidak kira daripada pelajar mahupun bekas pelajar SMK Paka. Berikut disiarkan beberapa ucapan Hari Guru paling kreatif yang dipetik daripada laman Facebook SMK Paka.

Sambutan Hari Guru SMK Paka meriah

Warna warni sambutan Hari Guru SMK Paka 2011
Selain memberi hadiah kepada guru masing-masing, sambutan Hari Guru SMK Paka di sini diserikan dengan pelbagai acara menarik. Perlawanan bola tampar. bola jaring serta acara sukaneka menjadikan suasana penuh ceria sejak dari pagi. Pelbagai ragam mereka untuk memenangi permainan dan pertandingan yang dianjurkan mencuit hati rakan-rakan dan guru-guru yang memenuhi padang  dan dataran perhimpunan sekolah. 
Selepas itu pula, guru-guru menunjukkan kehebatan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara dengan penuh semangat. Pelbagai persembahan seperti seloka oleh Cikgu Maulana, Nasyid oleh pelajar Kelab Nasyid bersama Ustaz Zuraihi, Nyanyian oleh Pengawas PSS bersama Cikgu Faziyana, Bacaan Sajak serta persembahan Speech Choir menghiasi sambutan Hari Guru. Sebelum itu juga, mereka diperdengarkan dengan amanat dari YB Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Menerusi sambutan ini, para pelajar memperlihatkan rasa hormat dan menghargai sumbangan guru-guru terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan.

Pautan dalaman lain berkaitan Sambutan Hari Guru:
Pusat Sumber Sekolah SMK Paka:
Cempaka Lounge: 
memyselfandmasayu:
Shooting Star Prezz:


Siti Nur Alia johan pertandingan C.O.O.L Blog

SMK Paka telah mencatat nama di Pertandingan C.O.O.L Blog setelah menjadi juara berganda di dalam dua kategori yang dipertandingkan. Pertandingan merekacipta blog ini adalah di bawah anjuran Telekom Malaysia dengan kerjasama Smarts Minds serta Mesra Mall baru-baru ini. Pertandingan berlangsung di ruang legar Mesra Mall, Kemasek.
Kategori pelajar telah dimenangi oleh Siti Nur Alia bt Mohd Zahari dari kelas 1 KRK 2 dengan menewaskan seramai 178 orang peserta daripada 20 buah sekolah yang bertanding. Bagi kategori umum pula di antara badan-badan kerajaan, syarikat swasta dan pelajar IPT, Cikgu Kamal Mizan bin Ismail juga muncul juara. Ini bermakna SMK Paka menyapu bersih di setiap kategori yang dipertandingkan. Pemenang telah membawa pulang wang tunai RM 1000 berserta cenderahati TM dan sijil penyertaan setiap seorang. Sementara itu, dalam kategori pelajar juga, Nur Syahirah bt Wahid dari kelas 4 C memperoleh hadiah saguhati beserta sijil penyertaan daripada Telekom Malaysia. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang bertanding.


Blog pemenang dipaparkan kepada pengunjung Mesra Mall

YB ADUN Kemasek menyampaikan hadiah kepada pemenang
Peserta dan Juara kategori pelajar dari SMK Paka
Excellence For All

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 6

Warkah untuk pelajar baharu Tingkatan 6




Lensa Kamera Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6


Ceramah Kepenggunaan Untuk Pelajar SMK Paka

Tarikh: 10 Mei 2011
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Sasaran: Semua pelajar





Usrah Wanita: Semua guru / kakitangan wanita SMK Paka dijemput hadir

USRAH WANITA
Tajuk: Thoharah
Penceramah: Ustazah Fatimah (Che Ngah)

Tarikh: 12 Mei 2011 (Khamis)
Masa: 2.15 - 3.30 petang
Tempat: Bilik Alat Pandang Dengar SMK Paka

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" 
(Hadis Riwayat Muslim)

Kelas paling bersih dan ceria diumum

Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas SMK Paka buat julung kalinya diadakan bermula bulan April 2011. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori menengah rendah dan menegah atas.
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Encik Azman bin Mohd Nor, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Paka.
Berikut merupakan kelas terbersih dan ceria sepanjang bulan April 2011;
  • Kategori SMR - 1 KRK 1
  • Kategori SMA - 4 C
Wakil kelas 4 C menerima hadiah kemenangan

Tahniah. 1 KRK 1 muncul kelas terbersih kategori SMR

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP