
Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Kantin Asrama, Villa Seri Cempaka
Selamat Tinggal Aspura
& Aspuri SMK Paka.
JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN...
 |
Tetamu jemputan mengambil tempat |
 |
Ucapan Tuan Pengetua |
 |
Penyampaian Sijil Penghargaan |
 |
Penghuni ASPURA ceria dan gembira |
 |
Penyampaian Anugerah |
|
|
Lagi gambar-gambar eksklusif, layari
Facebook SMK Paka
Tarikh:
15 November 2010
Tempat:
Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pengisian Program:
Ucapan aluan
Bacaan doa
Ucapan Ketua Pengawas PSS
Ucapan Pengetua SMK Paka
Penyampaian Sijil Penghargaan
Cabutan bertuah
Jamuan makan
Meriah dan menepati matlamat penganjuran. Itulah yang dapat digambarkan apabila Majlis Secangkir Kasih selesai. Penat lelah Pengawas Pusat Sumber SMK Paka berbaloi apabila majlis yang dirancang berjalan dengan baik. Menurut Nur Zakiah bt Nazuki, Ketua Pengawas PSS SMK Paka, majlis ini dirancang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dikalangan pengawas dan guru-guru serta melahirkan penghargaan kepada pengawas sepanjang menjalankan amanah sepanjang tahun. Syabas dan tahniah pengawas PSS SMK Paka di atas penganjurannya. Semestinya, pengawas PSS mempunyai kenangan manis majlis ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan pelajar yang lain.
Majlis Redha Ilmu SPM & STPM 2010
Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
 |
Ucapan Tuan Pengetua |
Majlis yang berlangsung dalam suasana yang penuh harapan daripada guru kepada calon SPM & STPM 2010 dapat dilihat apabila barisan pengurusan bersungguh-sungguh menekankan kecemerlangan ketika berucap. Selepas itu, acara bersalaman menjadi tanda simbolik kepada pelajar memohon restu daripada guru mereka. Pada ketika ini, ada guru dan pelajar tidak dapat menahan air mata daripada mengalir yang diselangi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zuraihi Razali.
 |
Tekun mendengar pesanan terakhir |
|
|
 |
Mptivasi tambahan saat akhir |
 |
Acara bersalaman guru dan pelajar menimbulkan suasana emosi. |
Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka telah menganjurkan jamuan akhir tahun kepada ahli-ahlinya sebagai simbolik kepada penutupan aktiviti bagi tahun 2010. Jamuan akhir tahun itu telah diadakan pada 11 November 2010 di Restoran Penyu. Pengerusi MGK, En. Rosli b Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang hadir dalam majlis itu dan berharap agar semua dapat mengambil peluang ini merapatkan ukhuwah di kalangan yang hadir. Rata-rata guru yang ditemui cukup berpuas hati dengan majlis yang diadakan dan berharap agar pengurusan MGK akan datang boleh menganjurkan majlis seumpama ini lagi.
 |
Backdrop dan tayangan slaid turut menyerikan majlis tersebut |
 |
Tuan Pengetua bersama 'ayahanda' PIBG, Tn. Hj Taha |
 |
Tidak sabar menjamah makanan... |
 |
Guru yang bertukar juga turut dijemput. |
*Layari
Facebook SMK Paka untuk melihat gambar menarik sekitar majlis.