Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Facebook SMK Paka mencecah 3000 orang

Tahniah kepada nama facebooknya, Farid Wajdi kerana telah menjadi rakan bertuah SMK Paka yang ke 3000 orang

Betul ke ni Farid Wajdi? Pakat ramai2 'add friends' dengannya...

 Jadi teruskan berhubung dengan SMK Paka kerana inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan.

Takwim Persekolahan Cuti Penggal 2013


e-Rayuan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Rayuan ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 Disember 2012. 
Sila klik di sini.

Senarai nama pelajar 'straight A' PMR 2012 SMK Paka

Keputusan PMR 2012 SMK Paka mencatat peningkatan luar biasa

Bilangan pelajar mendapat semua A seramai 21 orang
Warga SMK Paka mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah mencapai 'straight A' di dalam PMR 2012. Tidak dilupakan kepada semua guru SMK Paka dan individu yang terlibat tanpa kenal penat dan lelah untuk mencapai kejayaan ini.
Kepada yang tidak berjaya,  anda juga adalah sebahagian daripada kejayaan ini kerana kami tahu anda sudah melakukan yang terbaik. Usaha dan cuba lagi....


SENARAI PENERIMA ANUGERAH SAHSIAH BAGI TAHUN 2012

Tahniah! 
Kekalkan sikap dan akhlak terpuji agar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.

APRIL
Nur Balkish Bt Jamal Abdul Naser
Mohd Azrol Bin Abd Aziz

MEI
Nurul Syahirah Al-Sakinah Bt Mohd Nawi
Mohd Fikri Bin Mazlan

JULAI
Amiratul Alia Bt Mohd Zain
Nur Fazliana Bt Zakaria

OGOS
Ahmad Nazirul Mubin Bin Rosme
Norhazieka Binti Abdullah

SEPTEMBER
Jee Zhuang Yuen
Hadirah Bt Hasbullah

OKTOBER
Nur Zakiah Bt Nazuki
Muhammad Ikram Bin Mohd Daud





Wirawati Bola Jaring Kebanggaan SMK Paka ke peringkat Kebangsaan

5 orang pelajar SMK Paka terpilih wakili Terengganu di dalam
Kejohanan Bola Jaring Piala Kementerian Pelajaran

Warga SMK Paka mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan pasukan Bola Jaring SMK Paka yang mencatat nama menjadi sebuah kuasa baru Bola Jaring seluruh Terengganu. Kejayaan manis ini adalah hasil kerja keras para pemain serta guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk mencipta sebuah catatan. Slogan 'Excellence For All' menjadi azimat berguna buat pemain untuk mencipta nama demi mengharumkan Sekolah yang dicintai.

Untuk itu, dengan penuh rasa kesyukuran dan penghormatan, Warga SMK Paka mengucapkan 
Selamat Berjaya
kepada pemain Bola Jaring SMK Paka yang akan mewakili Terengganu ke peringkat Kebangsaan
pada 1 hingga 7 November 2012 di Klang, Selangor.
Mereka yang dimaksudkan ialah:
Nur Najihah Bt Omar (2B)
Marlisa Syahirah Bt Sulaiman (2C)
Nor Shahirah Bt Abdullah Sani (1B)
Nur Hazirah Bt Ramli (1B)
Alya Afifah Bt Zainordin (1K1)


PRS dan Pengawas PSS Kembara Ilmu di Kuala Lumpur

Program Eksplorasi Kerjaya Sains dan Teknologi Kepimpinan Pelajar Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

Tarikh: 3 dan 4 Oktober 2012
Tempat lawatan: Skybridge KLCC
                          Petrosains KLCC
Peserta lawatan: 38 orang PRS dan Pengawas PSS


Solat Hajat Mohon Kecemerlangan Anak-Anak

Tarikh   : 4 Oktober 2012
Masa    : 6.30 ptg hingga 10.00 malam
Tempat : Surau al-Hidayah, SMK Paka


Majlis Temu Murni SPM & STPM mendapat kerjasama ibubapa

Tarikh   : 3 Oktober 2012
Tempat : Dewan Seri Gemilang
Aturcara:  11.00 pagi ---- Kehadiran Ibu Bapa
                11.30 pagi ---- Ucapan Pn. Noorizan Bt Abd Kadir (Pengetua SMK Paka)
                11.45 pagi ---- Penyampaian hadiah kecemerlangan
                12.00 pagi ---- Majlis Temu Murni bersama guru kelas / guru matapelajaran



Maths Mobile SMK Paka Rangkul Tempat Ke 3

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membina Bahan P&P Matematik  menggunakan Geometers Sketch Pad (GSP) Negeri Terengganu 2012

Tarikh: 30 September 2012
Masa: 9.00 hingga 1.00 tengahari
Tempat: Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu

Tahniah diucapkan kepada Pelajar SMK Paka  kerana telah mengharumkan nama SMK Paka dengan mendapat tempat ke 3 Ketegori Menengah Rendah. Dengan persembahan dan kandungan Courseware bertajuk Reflection Tingkatan 2 kemenangan ini telah membawa pulang Wang Tunai RM 300 bersama dengan Plak serta Sijil Penyertaan. Peserta SMK Paka yang dimaksudkan ialah:
  1. Muhammad Subbha Bin Zulkefli (2 Amanah)
  2. Muhammad Izzat Bin Hanapi (2 Amanah)
  3. Muhammad Zaki Bin Nazuki (2 KRK 1)

Mengcungkil Kemahiran Matematik Melalui GSP

Pertandingan Membangunkan Perisian Pembelajaran dengan menggunakan 
Geometer's Sketch Pad peringkat negeri berjaya menarik 
24 penyertaan Daerah Dungun dan Kemaman

Tarikh: 23 September 2012
Tempat: Makmal Komputer, SMK Paka






Laporan Awal: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (Muat turun)

Muat turun di sini:

http://pendidikguru.org/portal-pmo

...atau di sini:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan



Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September 2012

LINK ke Aplikasi Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh

Imbasan gambar Pementasan Drama Biologi Tingkatan 4

Pertandingan Drama Biologi menarik minat pelajar untuk lebih dekat 
dengan matapelajaran Biologi

Tarikh: 11 dan 12 September 2012
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka




Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 September 2012


 Semoga berjaya!

Imbasan gambar Program Sedetik Habitat 1Malaysia SMK Paka

Tarikh: 18 September 2012
Masa: 7.40 - 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka






Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP