Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Kibarkan Jalur Gemilang

TEMA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54, TAHUN 2011:
"1MALAYSIA: TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA"

Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme. Jadi, penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme serta patriotisme ini dalam kalangan generasi muda. Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera. Bagi generasi muda, hari kebangsaan membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan. Ia melambangkan pengorbanan serta kebanggaan dengan apa yang telah dicapai selama ini.
Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera.
-Petikan Dari: Tan Sri Lee Lam Thye ialah Pemegang Amanah Yayasan 1 Malaysia.
"Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera"

Belajar menulis khat sempena Ramadhan

Tarikh: 18 Ogos 2011
Tempat: Kantin SMK Paka
Anjuran: Unit Penghayatan Islam, SMK Paka

Gambar sekitar program
Menarik... Antara contoh khat yang dihasilkan
Semangat... Pelajar begitu bersungguh-sungguh untuk menulis
Tunjuk ajar... Guru jemputan dalam penulisan khat
Tekun... Rajin dan usaha tangga kejayaan

Minat... Pengetua sempat meninjau penulisan khat yang dilakukan.

KAUNTER BAYARAN ZAKAT (AMIL) DI JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU



Sumber dipetik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Sukacita dimaklumkan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan menyediakan kaunter zakat bagi memudahkan para pegawai dan kakitangan untuk menunaikan fardhu zakat bagi tahun 1432H/2011M.
3.  Sehubungan dengan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu akan menghantar Amil Zakat ke Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu seperti tentatif berikut :

TARIKH     :  14 - 18 OGOS 2011 (Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis)
TEMPAT    :   LOBI, JPNT
MASA        :  9.30 pagi - 12.30 tengah hari


Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

KARNIVAL PENDIDIKAN TERENGGANU 2011


Bagi memastikan kecemerlangan pendidikan dapat dilestarikan sebagaimana hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dalam visi “Melestarikan Pendidikan Terbilang”,  Karnival Pendidikan Terengganu 2011 dijangka akan dapat menzahirkan hasrat berkenaan serta memasyarakatkan Pendidikan Negeri Terengganu.
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan Karnival Pendidikan Terengganu 2011 bagi meraikan dan menghargai kejayaan yang telah diperolehi oleh pelajar dan Sekolah-sekolah Negeri Terengganu serta hasil kerja buat pendidikan.
Karnival tersebut akan diadakan pada 18 hingga 20 Oktober 2011 bertempat di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Kemaman, Terengganu.  Terdapat pelbagai aktiviti bertemakan Pendidikan telah dirancang untuk diadakan pada masa tersebut dan melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.  Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah Ekspo Keusahawanan Pendidikan Terengganu, Forum Perdana, Permainan Tradisional dan Sukaneka, Konsert Orkestra dan banyak lagi. Semuanya mengambil tempat di Daerah Kemaman.
Semua warga Pendidikan Negeri Terengganu khasnya dijemput hadir bagi memeriahkan karnival dan membantu hasrat  Kerajaan Negeri Terengganu  untuk menjadikan Negeri Terengganu, Negeri Anjung Ilmu.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP