Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Oleh Ibu Bapa Secara Online Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Untuk makluman, sistem ini hanya digunakapakai bagi pelajar sekolah rendah (darjah 6) dan sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5) sahaja.
Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :
1. Pergi ke laman web SAPS - http://saps.moe.gov.my. Kemudian, click di bahagian Semakan Ibu Bapa
2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.
3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip

Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa

Contoh analisa keputusan pelajar
 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.
* 23/9/2011 : Semakan Ibu Bapa masih dalam tempoh percubaan.

Sumber ini dipetik daripada laman Ciklaili.com. Terima kasih!

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP