Sekolah Menengah Kebangsaan Paka telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail Haitami bin Salleh (bekas wakil rakyat di Dewan Undangan Paka tahun 1974). Cetusan idea untuk menubuhkan sebuah sekolah di Paka ini telah disuarakan dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG di sebuah sekolah di Dungun. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Dungun pada tahun 1978.
Dalam mesyuarat tersebut Encik Hanafiah (Pengarah Pelajaran Negeri) turut hadir. Beliau tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Encik Ismail Haitami bin Salleh. Encik Ismail Haitami di dalam ucapannya telah meminta jasa baik Pejabat Pelajaran Negeri supaya memberi sedikit sumbangan atau bantuan untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di Paka.
Pejabat pelajaran telah bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh beliau. Beliau berjaya mendapatkan tanah seluas 6.4 hektar (32 ekar) untuk dijadikan tapak pembinaan sekolah menengah. Kemudian, tanah tersebut diproses dan dibahagi-bahagikan. Kemudian, Sekolah Menengah Kebangsaan Paka telah ditubuhkan. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Paka yang pertama telah meminta Tuan Haji Ismail Haitami menjadi pengerusi bersama sekolah. Beliau terus memegang jawatan itu sehingga sekarang.
KEMPEN 5M
-
*Unit*
Skim Pinjaman BUku Teks
*Program / Projek*
Pelancaran Kempen 5M
- Meminjam, Menjaga, Membalut, Menghargai, Memulangkan buku teks sekolah
*Objektif*...
7 years ago