Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Terengganu Sekolah Isnin

KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan di Terengganu bermula pada Isnin ini, lewat sehari daripada jadual asal pada 2 Januari, apabila kerajaan negeri semalam mengumumkan Ahad sebagai cuti umum.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Razali Daud, berkata ia berikutan Ahad adalah cuti ganti kepada cuti umum pada hari ini, sempena kejayaan Malaysia menjuarai Kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengisytiharkan Jumaat sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan itu.

Sumber: Berita Harian (31 Disember 2010)

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi Persekolahan 2011

Mesyuarat Guru - 27 Disember 2010
Mesyuarat Kurikulum - 28 Disember 2010
Mesyuarat Hem dan Kokurikulum - 29 Disember 2010

En. Arrifin Bin Mohammad, Pengetua SMK Paka telah mempengerusikan ketiga-tiga mesyuarat tersebut yang bertempat di bilik mesyuarat SMK Paka. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya dan semua guru menunjukkan kesungguhan untuk memulakan sesi persekolahan 2011. Slogan 'Excellence For All' menjadi kata-kata semangat dalam merancang dan melakukan sesuatu aktiviti.
'Excellence For All'
Semua guru tekun bermesyuarat

Dapatkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM

Khas untuk semua guru di Malaysia: Dapatkannya sekarang...  
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan

Pendidikan Islam
Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sejarah
Geografi

Keputusan PMR SMK Paka Catat Peningkatan

 Tahniah. Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar PMR SMK Paka yang telah mengharumkan nama sekolah dengan mencatat peningkatan bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua subjek. Seramai 13 orang telah mendapat A dalam semua subjek manakala 14 orang pula telah mendapat sekurang-kurangnya 7A. Untuk rekod, bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua subjek pada PMR 2009 adalah seramai 7 orang sahaja. Pencapaian A dalam semua subjek telah meningkat mendadak pada tahun ini. Ini adalah sesuatu yang sangat bermakna buat semua warga SMK Paka terutama guru-guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri yang bertungkus lumus dalam mengejar kecemerlangan.
Tahniah! Excellence for all
Berikut adalah senarai pelajar yang mendapat A dalam semua subjek:
1) Amir Asyraf B. Mohamad Harith
2) Muhamad Fauzan B. Ab. Aziz
3) Mohd Afiq Firdaus B. Razali
4) Rasydan B. Mohamad
5) Azrul Nizam B. Mukti
6) W. Mohd Aminuddeen B. W.M. Shukri
7) Amirah Hanum Bt. M. Yusri
8) Hoo Rwi Chyi
9) Sow Yie Lin
10) Farah Nadzirah Bt. Mohd Rozi
11) Noor Nisrina Aqilah Bt. Mansor
12) Nur Balkhish Bt Jamal Abdul Nasser
13) Nuralisa Bt Zamri

Pengumuman Keputusan Penuh PMR 2010 oleh JPNT

Dewan Seri Gemilang berwajah baru menjelang 2011

Banner lama diturunkan
"Excellence For All". Itulah slogan terpampang di pemidang baru yang berada di Dewan Seri Gemilang, SMK Paka. Ya, pemidang lama sudah diturunkan menggantikan pemidang baru. Tahun baru, pemidang baru, harapan baru dan semuanya baru menjanjikan tahun kecemerlangan buat semua warga SMK Paka. SMK Paka boleh!

Banner 2011 sedia untuk dinaikkan
Kerja memasang banner bukan kerja yang mudah.
Bertungkus lumus memasang banner. Terima Kasih Krew Purnama Art Trading Sdn. Bhd
Siap dipasang. Selamat Datang 2011.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Elit dan SMKA Negeri Terengganu Tahun 2011


Pemohon boleh menyemak status permohonan ke sekolah menengah ELIT dan Sekolah menengah kebangsaan agama negeri Terengganu dengan menyemak laman di bawah
Sila klik link di atas

Melestarikan Pendidikan Terbilang

Ucapan Aluan Yang Berbahagia Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

     Pendidikan Terengganu adalah milik warga pelajaran. Marilah kita bersama-sama memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan dan persekolahan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda "Melestarikan Pendidikan Terbilang" serentak merealisasikan "Terengganu Negeri Anjung Ilmu" yang berkonsepkan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
     Saya memohon seluruh warga pelajaran negeri Terengganu mendoakan saya supaya menjadi seorang ketua yang amanah, jujur dan ikhlas dalam memimpin pendidikan Terengganu. Semoga pendidikan Terengganu sentiasa dirahmati, diberkati, diampuni dan memperolehi kejayaan.
     Marilah kita dengan penuh komitmen dan dedikasi bersama-sama merealisasikan NKRA, Kementerian Pelajaran Malaysia dan KPI, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Berita Harian Online | Dua guru 1 kelas

Jadual tarikh gaji bagi kakitangan kerajaan Tahun 2011

 

 Berikut adalah senarai jadual gaji bagi kakitangan kerajaan bagi tahun 2011.






Bulan Tarikh Catatan
Januari
25 Jan 2011
Februari
24 Feb 2011 Tahun Baru Cina 3 & 4 Feb 2011
Mac
24 Mac 2011
April
25 April 2011
Mei
24 Mei 2011 Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2011
Jun
23 Jun 2011 Hari Gawai 1 & 2 Jun 2011
Julai
25 Julai 2011
Ogos
24 Ogos 2011 Hari Raya Puasa 30 & 31 Ogos 2011
September
22 September 2011

Oktober
20 Oktober 2011 Deepavali 26 Okt 2011
November
24 November 2010
Hari Raya Haji 6 Nov 2011
Disember
19 Disember 2011
Hari Krismas 25 Dis 2011

* Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik Tahun 2011


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Klik di sini untuk membuat semakan 

Laman Blog SMK Paka dikunjungi Setiausaha TPM Malaysia

SU TPM  meninggalkan 'jejak' dalam Ruangan Sembang Laman Blog SMK Paka

Buat julung kalinya, laman blog SMK Paka telah dikunjungi oleh Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 3 Disember 2010. Hasil daripada kunjungannya, beliau telah menyampaikan salam daripada YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran kepada warga SMK Paka.

Semakan Keputusan PTK Oktober 2010

Serius menghadapi Peperiksaan PTK Oktober 2010
 Berita yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Semak keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sesi Oktober 2010 dengan klik butang di sini.




Harapan kami semoga beroleh kejayaan...

Takwim Sekolah 2011 : Kalendar Persekolahan 2011

Disertakan Takwim Sekolah 2011 / Kalendar Persekolahan yang boleh didapati di Portal Rasmi KPM. Harap semua pengunjung dapat menjadikan takwim ini sebagai rujukan kepada kita semua dalam memandu ke arah kecemerlangan pendidikan tahun 2011.

1. Kumpulan A untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu 

2. Kumpulan B untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.


Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16




II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13




Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78


Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 21
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

 

Senarai Cuti Umum di Malaysia Tahun 2011

Penting untuk panduan dan rujukan guru-guru / kakitangan SMK Paka / pengunjung blog / semua rakyat Malaysia  dalam merancang percutian tahun 2011.

Happy Holiday!


Tarikh
Peristiwa
Negeri
1 Januari
Sabtu
Tahun Baru 2011 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
11 Januari
Selasa
Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor
14 Januari
Jumaat
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
16 Januari
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
20 Januari
Khamis
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor
1 Februari
Selasa
Hari Wilayah WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
3 Februari
Khamis
Tahun Baru Cina Semua negeri
4 Februari
Jumaat
Tahun Baru Cina (Hari ke-2) Semua negeri kecuali Kelantan and Terengganu
15 Februari
Selasa
Maulidur Rasul Semua negeri
4 Mac
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
30 - 31 Mac
Rabu & Khamis
Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
22 April
Jumaat
Good Friday Sabah & Sarawak
15 April
Jumaat
Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
19 April
Selasa
Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
1 Mei
Ahad
Hari Pekerja Semua negeri
7 Mei
Sabtu
Hari Hol Pahang Pahang
17 Mei
Selasa
Hari Wesak Semua negeri
17 Mei
Selasa
Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
30- 31 Mei
Isnin & Selasa
Pesta Kaamatan Sabah Sabah & Labuan
1 - 2 Jun
Rabu & Khamis
Hari Gawai Sarawak Sarawak
4 Jun
Sabtu
Hari Keputeraan YDPA Semua negeri
29 Jun
Rabu
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai
Khamis
Georgetown Heritage Day Penang - bukan 'cuti berbayar' bagi pekerja swasta
9 Julai
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
20 Julai
Eabu
Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Ogos
Isnin
Awal Ramadan Johor, Kedah & Malacca
17 Ogos
Rabu
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
30 - 31 Ogos
Selasa & Rabu
Hari Raya Puasa * Semua negeri
31 Ogos
Rabu
Hari Kemerdekaan
Semua negeri
10 September
Sabtu
Ulangtahun Yang di-Pertua  Negeri Sarawak Sarawak
16 September
Jumaat
Hari Malaysia Semua negeri
8 Oktober
Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
24 Oktober
Isnin
Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
26 Oktober
Rabu
Deepavali Semua negeri
6 November
Ahad
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Semua negeri
7 November
Isnin
Hari Raya Haji (Hari ke-2) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
22 November
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
27 November
Ahad
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Semua negeri
11 Disember
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Disember
Ahad
Krismas Semua negeri




* Tertakluk kepada perubahan

Jamuan Akhir Tahun Asrama Villa Seri Cempaka SMK Paka

Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Kantin Asrama, Villa Seri Cempaka

Selamat Tinggal Aspura 
& Aspuri SMK Paka.
JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN...


Tetamu jemputan mengambil tempat
Ucapan Tuan Pengetua
Penyampaian Sijil Penghargaan
Penghuni ASPURA ceria dan gembira
Penyampaian Anugerah

                                                  

Lagi gambar-gambar eksklusif, layari Facebook SMK Paka                            

PSS SMK Paka anjur Majlis Secangkir Kasih

Tarikh: 15 November 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pengisian Program: Ucapan aluan
                              Bacaan doa
                              Ucapan Ketua Pengawas PSS
                              Ucapan Pengetua SMK Paka
                              Penyampaian Sijil Penghargaan
                              Cabutan bertuah
                              Jamuan makan

 Meriah dan menepati matlamat penganjuran. Itulah yang dapat digambarkan apabila Majlis Secangkir Kasih selesai. Penat lelah Pengawas Pusat Sumber SMK Paka berbaloi apabila majlis yang dirancang berjalan dengan baik. Menurut Nur Zakiah bt Nazuki, Ketua Pengawas PSS SMK Paka, majlis ini dirancang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dikalangan pengawas dan guru-guru serta melahirkan penghargaan kepada pengawas sepanjang menjalankan amanah sepanjang tahun. Syabas dan tahniah pengawas PSS SMK Paka di atas penganjurannya. Semestinya, pengawas PSS mempunyai kenangan manis majlis ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan pelajar yang lain.

Selamat Berjuang Putera Puteri SMK Paka

Majlis Redha Ilmu SPM & STPM 2010
Tarikh: 14 November 2010
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

Ucapan Tuan Pengetua
Majlis yang berlangsung dalam suasana yang penuh harapan daripada guru kepada calon SPM & STPM 2010 dapat dilihat apabila barisan pengurusan bersungguh-sungguh menekankan kecemerlangan ketika berucap. Selepas itu, acara bersalaman menjadi tanda simbolik kepada pelajar memohon restu daripada guru mereka. Pada ketika ini, ada guru dan pelajar tidak dapat menahan air mata daripada mengalir yang diselangi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zuraihi Razali.

Tekun mendengar pesanan terakhir

Mptivasi tambahan saat akhir









Acara bersalaman guru dan pelajar menimbulkan suasana emosi.

Kem Pemantapan Sahsiah Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh: 12 & 13 November 2010
Tempat: Asrama Villa Seri Cempaka SMK Paka

Jamuan Akhir Tahun penutup aktiviti MGK

Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka telah menganjurkan jamuan akhir tahun kepada ahli-ahlinya sebagai simbolik kepada penutupan aktiviti bagi tahun 2010. Jamuan akhir tahun itu telah diadakan pada 11 November 2010 di Restoran Penyu. Pengerusi MGK, En. Rosli b Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang hadir dalam majlis itu dan berharap agar semua dapat mengambil peluang ini merapatkan ukhuwah di kalangan yang hadir. Rata-rata guru yang ditemui cukup berpuas hati dengan majlis yang diadakan dan berharap agar pengurusan MGK akan datang boleh menganjurkan majlis seumpama ini lagi.
Backdrop dan tayangan slaid turut menyerikan majlis tersebut
Tuan Pengetua bersama 'ayahanda' PIBG, Tn. Hj Taha
Tidak sabar menjamah makanan...

Guru yang bertukar juga turut dijemput.
*Layari Facebook SMK Paka untuk melihat gambar menarik sekitar majlis.

Hari Anugerah Kokurikulum

Tarikh: 9 November 2010 (Selasa)
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka


Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP