Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Imbasan Minggu Orientasi Pelajar Asrama Villa Seri Cempaka SMK Paka 2011

Tarikh: 10 - 12 Februari 2011
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka


Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

 Sukacita dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) telah diterajui oleh Dr. Haji Zahri b Aziz berkuatkuasa 7 Februari 2011. 

Tahniah diucapkan!

Sumber: Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

Prestasi Atlet Merentas Desa SMK Paka

Untuk suka-suka, mari kita undi secara online ramalan prestasi atlet merentas desa SMK Paka dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Dungun yang berlangsung pada 10 Februari 2011 di SMK Sura...




Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (B 18) SMK Paka

 SMK Paka vs SMK Seri Paka

Tarikh: 9 Februari 2011
Masa: 5.00 petang
Tempat: Padang SMK Paka


Keputusan
SMK Paka (0) vs SMK Seri Paka (1)

Menurut Cikgu Maulana (coach SMK Paka), perlawanan kali ini diadakan untuk menguji dan mengenalpasti pemain-pemain berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan utama bola sepak. Kalah dan menang adat pertandingan. Warga SMK Paka memberikan sepenuh sokongan dan semangat kepada pasukan bola sepak SMK Paka. Semoga berjaya. 

Excellence for all

PELANCARAN NILAM MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA

Glitter Words

Tarikh: 6 Januari 2011
Masa: 7.40 pagi - 8.45 pagi
Tempat: Dewan Seri Gemilang SMK Paka
Aturcara:
               Ucapan Pengerusi Majlis
               Nyanyian Lagu Negaraku
               Penerangan Program NILAM oleh:
               En. Kamal Mizan b. Ismail (Penyelaras NILAM)
               Tayangan Video Animasi Kempen Membaca
               Ucapan Perasmian oleh:
               Tn. Hj Kamarudin Bin Saman (GPK Pentadbiran)
               Pelancaran Program NILAM -
               (Gimik- Memotong riben dan  mengambil buku di dalam kotak)
               Ulasan buku oleh Anis Afifah Izzati bt Md Zaki 
               Nyanyian Lagu NILAM oleh:
               Koir Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM merupakan adunan penggabungan aktiviti membaca bagi mewujudkan tabiat membaca di kalangan pelajar. Oleh sebab itu, Jawatankuasa NILAM dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah SMK Paka telah mengambil inisiatif merancang program ini sebagai bermulanya titik tolak menyemarakkan NILAM di sekolah bagi tahun 2011. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan menepati kehendak di mana para pelajar begitu tekun dan terlibat secara aktif semasa program berlangsung.

Laporan penuh sepanjang majlis di laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP