Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat tentang kursus induksi tahun 2011 boleh dimuatturun seperti di lampiran,
sekian terima kasih
Sumber: Laman Web Kemeterian Pelajaran Malaysia
Rumah Merah Juara
Rumah Merah mengungguli Kejohanan Merentas Desa Kali ke 15 Tahun 2011
Tarikh: 27 Januari 2011
Aktiviti/Program: Pendaftaran
Regangan
Tarikh: 27 Januari 2011
Aktiviti/Program: Pendaftaran
Regangan
Larian Merentas Desa
Sarapan / Rehat
Penyampaian Hadiah
Perasmian PenutupKejohanan Merentas Desa Kali ke 15 SMK Paka sudah sampai ke kemuncaknya di mana pasukan Rumah Merah telah menjuarai kejohanan pada kali ini. Sekalung ucapan tahniah ditujukan kepada semua pelajar serta guru/kakitangan/pegawai kejohanan kerana telah berjaya mengendalikan kejohanan ini dengan penuh meriah. Ternyata latihan oleh pelajar yang dibuat selama 2 hari sebelum kejohanan banyak membantu pelajar memperbaiki catatan masa yang dibuat untuk menghabiskan larian. Hujan renyai-renyai di awal pagi juga tidak melunturkan semangat pegawai kejohanan serta pelajar untuk menyempurnakan kejohanan ini. Berikut disenaraikan rumah sukan yang berjaya mengikut kategori yang dipertandingkan:
JOHAN KESELURUHAN - Rumah Mulia (Merah) 1953 mata
NAIB JOHAN - Rumah Kamil (Kuning) 1637 mata
TEMPAT KE 3 - Rumah Harmoni (Hijau) 1544 mata
Penyertaan peserta teramai - Rumah Bestari (Biru)
Johan Kategori
L 1 - Rumah Mulia (593 mata)
L 2 - Rumah Kamil (462 mata)
L 3 - Rumah Harmoni (336 mata)
P 1 - Rumah Mulia (460 mata)
P 2 - Rumah Harmoni (332 mata)
P 3 - Rumah Kamil (350 mata)
Tahniah kepada semua pemenang. Kalah dan menang adat pertandingan. Kepada yang tidak berjaya kita cuba lagi tahun hadapan.
Imbasan suasana hari latihan dan pertandingan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke 15 SMK Paka
Marshall menjalankan tugas |
Peserta melalui check point |
Pendaftaran peserta |
Pegawai kejohanan segak bergaya |
Johan keseluruhan |
Kem Rumah Kuning. Go kuning go :-) |
Tetamu VIP yang hadir |
'Ayahanda' PIBG menyampaikan hadiah kepada pemenang |
Labels:
AKTIVITI/SAMBUTAN,
KOKURIKULUM
Rumah manakah yang bakal memenangi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2011?
Untuk suka-suka, mari kita undi secara online rumah manakah yang anda rasa akan menang Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2011 ini:-
Undi-undi jugak, marilah kita beramai-ramai menyertai larian pada hari Khamis (27 Januari 2011) ini. Tunjukkan sokongan anda dengan menyumbang mata kepada rumah masing-masing.
Undi-undi jugak, marilah kita beramai-ramai menyertai larian pada hari Khamis (27 Januari 2011) ini. Tunjukkan sokongan anda dengan menyumbang mata kepada rumah masing-masing.
Labels:
LAIN-LAIN
Cadangan Tema Hari Guru 2011
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) KPM telah dipertanggungjawabkan untuk memilih Tema Hari Guru 2011. Sehubungan itu, pihak JNJK amat mengharapkan cadangan Tema Hari Guru 2011 daripada kalangan pegawai, pensyarah dan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Bersama ini disertakan Panduan Mencipta Tema (Lampiran A) dan Borang Penyertaan (Lampiran B) untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
4. Cadangan Tema Hari Guru tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM melalui e-mel : wan.huzaini@moe.gov.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau talian faks : 03-88844192. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi En.Wan Huzaini bin Wan Husain, Penolong Pengarah Sektor Penaziran dan Kepimpinan Institut Pendidikan, JNJK di talian 03-8884418/012-9786952.
Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Labels:
BERITA PENDIDIKAN,
HEBAHAN/PENGUMUMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)