Perang psikologi di antara rumah sukan kini bermula. Mesyuarat Rumah Sukan SMK Paka telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Januari 2011. Mesyuarat bermula pada pukul 2 petang di mana setiap ahli mengikut rumah masing-masing berkumpul mengikut tempat yang disediakan. Untuk makluman, SMK Paka mempunyai empat rumah sukan iaitu rumah sukan
Kamil,
Mulia,
Harmoni dan
Bestari. Agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah memilih ahli jawatankuasa ruma di kalangan pelajar seterusnya membincangkan persiapan Kejohanan Merentas Desa yang akan diadakan tidak lama lagi. Semoga berjaya diucapkan kepada semua rumah sukan! Excellence For All.
 |
Suasana semasa mesyuarat berlangsung |
Tarikh:
6 Januari 2011
Tempat:
Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pemberian Majalah CEMPAKA edisi ke 3 (2010) kepada pelajar telah disumbangkan oleh Unit Kebajikan SMK Paka. En. Arrifin bin Mohammad, Pengetua SMK Paka telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Salah seorang pelajar yang menerima sumbangan tersebut melahirkan kesyukuran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas pemberian tersebut.Gambar berikut merupakan antara penerima majalah CEMPAKA sumbangan Unit Kebajikan SMK Paka
Makluman kepada semua guru SMK Paka,
Anda diminta untuk menyemak kembali data peribadi anda dengan melayari laman portal emisonline (Klik pautan di bawah). Jika terdapat sebarang kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan, sila betulkan ke dalam borang Maklumat Asas Guru. Borang Maklumat Asas Guru perlu diberikan kepada Puan Mas Ayu Ros Aida Bt Haron sebelum
12 Januari 2011 (Rabu)
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011 |
|
UPSR |
Ujian Bertulis | 13 - 15 September 2011 (3 hari) |
|
|
PMR |
Ujian Bertulis | 4-6 Oktober 2011 (5 hari)
|
| 11 - 12 Oktober 2011 |
|
|
SPM |
Amali
Ujian Bertulis |
14 November - 14 Disember 2011 (16 hari) |
STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis |
20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011 |
|
|
STAM |
Ujian Lisan | 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011 |
Ujian Bertulis | 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari) |
SPM (ULANGAN) |
Ujian Lisan
Ujian Bertulis | 15 -17 Jun 2011 (3 hari)
13- 14 Jun 2011 (2 hari) |
|
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari) |
* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346
*Sumber: Laman Web
Kementerian Pelajaran Malaysia