Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Meriah dan mencapai matlamat

SEMINAR KEIBUBAPAAN SEMPENA HARI ANUGERAH KUALITI SMK PAKA
Tarikh:  16 Jun 2011
Tempat:  Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Objektif Penganjuran:
Memartabatkan dan memberikan penghargaan kepada semua pelajar yang telah memasyhurkan nama sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan kepimpinan.
Aturcara Program:
**Ceramah Keibubapaan oleh Ustaz Wahairi bin Mahmod (Pensyarah Kanan UITM Dungun)**Slot bersama AADK
**Pameran dan gerai jualan
**Majlis Hari Anugerah Kualiti

Lensa Kamera

Selamat Datang Guru Baru SMK Paka

Dialu-alukan kedatangan guru-guru baru bertukar ke SMK Paka. Guru-guru yang di maksudkan adalah:
  • En. Abdul Razak bin Husain - Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran
  • Pn. Fauziah Binti Sulong - Ketua Bidang VOTEK
  • Pn. Rosiyah Binti Mohamad - Ketua Bidang Kemanusiaan
  • Pn. Nik Nazila Binti Mohammad
Semoga dengan kehadiran guru tersebut dapat menambahkan lagi kekuatan SMK Paka.

 SMK Paka juga kehilangan dua orang guru yang bertukar ke sekolah lain. Guru tersebut adalah:
Pn. Hjh. Raiha Bt Noor

Pn. Hjh. Wan Nor Mahizan Bt Wan Mahmud
Warga SMK Paka merasa sedih melepaskan guru-guru berpengalaman yang pastinya sukar dicari ganti. Apa pun, kepada guru yang bertukar, kami warga SMK Paka mengucapkan selamat bertukar, selamat bertemu dengan warga kerja baru, suasana baru dan pasti juga cabaran-cabaran baru. Jasa bakti anda tidak dapat kami lupakan, segala kesilapan dalam bicara dan pergaulan selama ini kami mohon ribuan kemaafan.

Ahad cuti umum di Terengganu

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan skuad Penyu menjuarai Piala FA pada Sabtu lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia juga berikutan kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XIV.
Ahmad membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan wira-wira Piala FA dan Sukma XIV di Dataran Shahbandar di sini malam ini.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Datuk Wan Ahmad Wan Muda.
Kira-kira 10,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat turut memeriahkan majlis sambutan itu.
Pada final Piala FA Sabtu lalu, skuad Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 manakala kontinjen Sukma Terengganu mendahului senarai pungutan pingat dengan 30 emas.
"Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada kejayaan skuad bola sepak Terengganu dan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.
Beliau juga berkata, pengisytiharan cuti umum itu juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyokong skuad bola sepak dan atlet Sukma negeri sehingga berjaya melakar kejayaan gemilang.

LAWATAN KERJA KPPM KE TERENGGANU

 KUALA TERENGGANU - " Untuk menjadi maju, setiap modal insan yang dididik mesti celik ICT ", demikianlah rumusan Yang Berbahagia, Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semasa ucapannya selepas mendengar taklimat En.Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini.
     Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KKPM) berkata Terengganu berada dalam landasan yang betul dan tepat dengan membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan melalui penggunaan e-book dan kelas maya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu kerana mempunyai perancangan yang kemas, sasaran kerja tahunan yang jelas serta berani menyahut cabar target pencapaian yang lebih tinggi dan besar.

Lagi berita dan gambar hanya di 

Sumber: Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Ambilan Julai 2011

Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Ambilan Julai 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai PPPS/Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah rendah KPM memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme.

Nama Kursus :
1. KDP 14 Minggu : Bidang Bimbingan dan Kaunseling (Lanjutan)
2. KDP 14 Minggu : Bidang Pendidikan Jasmani (Peningkatan Profesionalisme)

Tempoh Pengajian : 14 Minggu :  17 @ 18 Julai  - 20 @ 21 Oktober 2011

Tarikh tutup permohonan : 24 Jun 2011

Sila layari laman sesawangBahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP