Kepada:
Guru, Kakitangan SMK Paka
dan
Semua Pengunjung Blog
Tarikh:
27 April 2011
Masa:
2.30 petang
Tempat:
Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Pertandingan Bola Baling MSS Dungun 2011 Peringkat Daerah
Tarikh: 27 April 2011 - 29 April 2011
Tempat: Padang Bola Baling SMK Paka
Diucapkan selamat berjuang buat pasukan bola baling SMK Paka.
Semoga beroleh kejayaan dan mampu mencipta lonjakan kecemerlangan berterusan...
Susulan kejayaan cemerlang dalam
Perkhemahan Kadet Bomba Negeri 2011
Tahniah diucapkan kepada semua kadet yang mewakili Daerah Dungun ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri Terengganu 2011. Persaingan tahun ini sangat sengit terutama sekali apabila kita sudah 3 tahun tidak menyertai perkhemahan peringkat negeri. Pelbagai halangan terpaksa kita tempuhi namun kita pergi dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. Pengalaman kali ini sangat berharga. Semoga tahun hadapan kita dapat mengambil panduan dari apa yang telah kita lalui kerana sudah pastinya tahun hadapan kita akan KEMBALI.
PENCAPAIAN KONTIJEN DUNGUN 2011
TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KAWAD KAKI
TEMPAT KETIGA KAWAD OPERASI BASAH
TEMPAT KETIGA KHEMAH TERBAIK(TIDAK RASMI)
TEMPAT KELIMA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
Satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila facebook SMK Paka telah mempunyai rakan di talian sehingga mencecah
1000 orang. Kejayaan ini merupakan hasil sokongan dan usaha berterusan warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan SMK Paka.
 |
Rakan talian yang ke 1000 |
Untuk itu, pemilik nama Jeff Younk menjadi rakan bertuah talian facebook ke 1000. Siapakah beliau?? Jom kita pakat 'add new friends' ramai-ramai kepada Jeff Younk yang merupakan ex-students di SMK Paka.
Hari Guru semakin dekat.. Tahukah anda, tema Hari Guru sentiasa berubah mengikut keadaan dan situasi semasa..Berikut ialah Tema Hari Guru dari tahun 1972 hingga 2010 mengikut turutan menurun (2010-1972) sebagai rujukan para pendidik dan pengunjung blog semua.
TEMA HARI GURU 1972-2011
2011 : ??? - Tema Hari Guru akan dihebahkan pada 'entry' akan datang. Tunggu...
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara