Tarikh:
18 dan 19 Januari 2011
Masa:
4.00 petang
Bahang Kejohanan Merentas Desa Sekolah makin terasa. Latihan yang dijalankan selama 2 hari ini membabitkan 4 pasukan iaitu
Rumah Kamil,
Rumah Mulia,
Rumah Bestari dan
Rumah Harmoni. Peserta begitu bersemangat dan berkeyakinan untuk menyertai latihan bagi menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Siapakah yang menjuarai Kejohanan Merentas Desa pada 27 Januari nanti? Sama-sama kita tunggu...
Kepada:
Semua guru SMK Paka
Dengan segala hormatnya tuan/puan
DIWAJIBKAN menjawab soal selidik keperluan latihan dalam perkhidmatan secara atas talian di laman web http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=e1e78a4b-c2a4-4e2d-ae3b-88e5ecea8252
>>>>
Klik terus ke Laman Soal Selidik Keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan 2011<<<<<<<
BERITA TERKINI !
Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar ke
Tingkatan Empat SBP diumumkan hari ini, 18 Januari 2011.
Pelajar yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP berkenaan pada 7 Februari.
Tahun ini, Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Empat di SBP berbanding tempat yang ditawarkan sebanyak 5,300 sahaja.
Pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh membuat rayuan secara atas talian dengan menggunakan e-rayuan pada pautan yang sama di atas.
Tempoh rayuan ialah mulai 18 Januari hingga 2 Februari iaitu selama 14 hari.
Semoga berjaya!
Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MOE KPLI3 dan hantar ke 15888. Contoh : MOE KPLI3 780803105677
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh: 16 Januari 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Dikendalikan sesi pemilihan sepenuhnya oleh
Pegawai Polis dari
Balai Polis Paka
 |
Pelajar menunjukkan kemahiran lompat bintang |
 |
Antara kriteria utama syarat pemilihan.. luruskan tangan |
 |
Sebahagian pelajar yang menjalani ujian pemilihan |
 |
Melakukan arahan yang diarahkan pegawai |