Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

TAHNIAH
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Tarikh keputusan PMR 2013 dan Semakan Guna SMS dan SAPS

 TARIKH KEPUTUSAN PMR 2013
-19 DISEMBER 2013 (KHAMIS)-

  CARA SEMAKAN MENGGUNAKAN SMS
Selain itu terdapat juga alternatif lain untuk mengetahui keputusan PMR antaranya adalah menerusi sistem MySMS dengan menggunakan format mesej penghantaran seperti berikut

semak result pmr 2013 sms check tarikh keputusan pmr 2013 dan semakan guna sms
Taipkan
PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888
Contoh
PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888
Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, 19 Dis ini hingga 11.59 malam, 25 Dis 2013
 CARA SEMAKAN MENGGUNAKAN LAMAN SAPS

Kini anda boleh membuat semakan secara online keputusan peperiksaan PMR 2013 . Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan tersebut. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013 Diumumkan
Cara Semakan Keputusan PMR 2013 melalui Online


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online. Dibawah cara-cara:
 Sila klik link di bawah


Arahan :
1) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
2) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
3) klik butang Semak Laporan.

Semoga berjaya!

Belilah Keperluan Sekolah di KOPERASI SMK PAKA BERHAD





VISI DAN MISI KPM YANG BARU

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

TUTORIAL FROG VLE UNTUK PELAJAR

BERKENALAN DENGAN FROG


GAMBARAN KESELURUHAN FROG VLE UNTUK PELAJAR 


BAGAIMANA MENGEDIT DASHBOARD ANDA 


BAGAIMANA PELAJAR MENYIAPKAN TUGASAN 

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Seronokkan? Pelajar-pelajar, sudahkah anda mendapat ID Yes 1BestariNet masing-masing?
Kalau belum, sila berjumpa dengan Cikgu Rosidah bt Salleh.

Login to Frog SMK Paka ----------  Klik di sini

Apakah itu Frog VLE?


Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Seronokkan? Pelajar-pelajar, sudahkah anda mendapat ID Yes 1BestariNet masing-masing?
Kalau belum, sila berjumpa dengan Cikgu Rosidah bt Salleh.

Login to Frog SMK Paka ----------  Klik di sini

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pembelajaran anda? Sila klik di sini.

TAKWIM SEKOLAH SESI 2014

Takwim Sekolah bagi Sesi 2014 boleh dimuat-turun 


Imbasan gambar Program Khidmat Masyarakat Kunjungan Kasih Warga Emas Kampung Sura Dungun


KENYATAAN AKHBAR: HEBAHAN PENGUMUMAN TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3 (1249/3) – CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM 2013

KENYATAAN AKHBAR
 
HEBAHAN PENGUMUMAN TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3
(1249/3) – CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM 2013


Semua calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum berikut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan:
Tema UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Semua calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
Makluman lanjut mengenai arahan dan tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) boleh dimuat turun di portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp bagi membuat persediaan sebelum peperiksaan bertulis SPM 2013 dilaksanakan pada bulan November ini.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
1 November 2013

Program Temu Murni dan Solat Hajat Perdana mencapai matlamat

Tarikh: 26 September 2013 (Khamis)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Dewan Seri Cempaka dan Surau al-Hidayah
Aturcara: Program Temumurni, Jamuan Makan,
               Solat Maghrib, Bacaan Yaasin, Solat Hajat,
               Solat Isyak, Ceramah Keibubapaan




Galeri Sejarah SMK Paka dinilai

Galeri Sejarah SMK Paka memasuki Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah-Sekolah 
Negeri Terengganu

Tarikh: 3 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat: Galeri Sejarah SMK Paka







Program Guru Muda Memberi Manfaat Kepada Pelajar SPM

Program Guru Muda yang julung kali diadakan bersama SM Imtiaz Dungun dan SMK Paka memberi impak yang positif dari segi gaya pembelajaran dan tekknik menjawab peperiksaan SPM

Tarikh: ( 25 - 27 Septemper) Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat: Dewan Seri Gemilang




Menghargai Kesihatan Kita

Program Kesihatan Anjuran Klinik Kesihatan Paka memberi kesedaran kepada pelajar dan guru bagaimana pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Tarikh: 12 September (Khamis)
Tempat: Dewan Seri Gemilang
Aturcara: Majlis Perasmian, 
                                        Pameran, Pemeriksaan Kesihatan, 
                Ceramah Kesihatan





Putera Puteri Harapan SMK Paka

Sekalung ucapan tahniah di atas kejayaan cemerlang di dalam Peperiksaan Percubaan PMR baru-baru ini. Teruskan momentum kecemerlangan ini di Peperiksaan PMR sebenar yang akan berlangsung tidak lama lagi...

Senarai pelajar cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR SMK Paka
  1. Ong Wei San ( 3 Amanah ) - 8A
  2. Mohd Amirul Daniel Bin Badrul Hisham ( 3KRK1) - 8A
  3. Haziqah Najwa Binti Yusof ( 3KRK1 ) - 8A
  4. Tn Sharifah Misnati Bt Tn Sayed ( 3KRK1 ) - 7A
  5. Siti Nor Dania Ilyanie Binti Yasir Apandi ( 3KRK1 ) - 7A1B
  6. Nor Azira Bt Azhari ( 3KRK1 ) - 7A1B
  7. Nurul Afiqah Bt Hamdzan (3 KRK1 ) - 6A2B
  8. Nur Sabrina Binti Amaza ( 3Amanah ) - 6A2B
  9. Che Wan Shafiqah bt Che Wan Mahmood ( 3KRK1 ) - 6A2B
  10. Nor Farhana Bt Ramli ( 3Amanah ) -  6A1B1C


Mengeratkan Kerjasama Antara Ibu Bapa dan Guru

Program Jalinan Kasih Ibu Bapa dan Guru-Guru SMK Paka

Tarikh: 7 Julai 2013
Tempat: Dewan Seri Gemilang SMK Paka
Aturcara:

  • Ucapan Perasmian
  • Ceramah Keibubapaan
  • Majlis Temu Murni
  • Demonstrasi Masakan





   

Bersantai di Pantai Teluk Gadung bersama Mentor Mentee

Program Tautan Kasih Mentor Mentee memberi tiupan semangat kepada mentee untuk melakukan perubahan demi kecemerlangan





Pemenang Pertandingan Snap your Teacher Using Casio Scientific Calculator

Keputusan telah diketahui. Inilah pemenangnya:

 
Tempat Pertama: SMK Paka
Ke-2: SMK Sri Utama
Ke-3: SMK Sri Utama

** Tahniah kepada Tingkatan 4 Cekal kerana telah mengambil inisiatif menyertai pertandingan ini dan berjaya mengharumkan nama sekolah di Malaysia.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP