Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai
intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya
dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan
laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan
konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi
tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh
menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi
melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan
pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan
notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada
bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Seronokkan? Pelajar-pelajar, sudahkah anda mendapat ID Yes 1BestariNet masing-masing?
Kalau belum, sila berjumpa dengan Cikgu Rosidah bt Salleh.
Login to Frog SMK Paka ---------- Klik
di sini
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pembelajaran anda? Sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment