PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013 / 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran
Malaysia (BMKPM) akan membuat Pengambilan Pelajar Sesi 2013/2014.
Pelajar yang layak dan berminat boleh membuat permohonan di sini...
Wirawati Bola Jaring Kebanggaan SMK Paka ke peringkat Kebangsaan
Kejohanan Bola Jaring Piala Kementerian Pelajaran
Warga SMK Paka mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan pasukan Bola Jaring SMK Paka yang mencatat nama menjadi sebuah kuasa baru Bola Jaring seluruh Terengganu. Kejayaan manis ini adalah hasil kerja keras para pemain serta guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk mencipta sebuah catatan. Slogan 'Excellence For All' menjadi azimat berguna buat pemain untuk mencipta nama demi mengharumkan Sekolah yang dicintai.
Untuk itu, dengan penuh rasa kesyukuran dan penghormatan, Warga SMK Paka mengucapkan
Selamat Berjaya
kepada pemain Bola Jaring SMK Paka yang akan mewakili Terengganu ke peringkat Kebangsaan
pada 1 hingga 7 November 2012 di Klang, Selangor.
Mereka yang dimaksudkan ialah:
Nur Najihah Bt Omar (2B)
Marlisa Syahirah Bt Sulaiman (2C)
Nor Shahirah Bt Abdullah Sani (1B)
Nur Hazirah Bt Ramli (1B)
Alya Afifah Bt Zainordin (1K1)
Labels:
HEBAHAN/PENGUMUMAN,
KOKURIKULUM
Subscribe to:
Posts (Atom)