Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Jemputan Ke Majlis Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti KG Limbong Paka

Tarikh: 27 April 2012 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Aturcara:
9.00 pagi - Pertandingan Mewarna
                  Kuiz
                  Sukaneka
3.45 ptg  - Majlis Perasmian oleh YB Datuk HJ Matulidi Bin Jusoh
                 Persembahan dan penerangan portal PJK
                 Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sekitar Majlis Hari Terbuka PJK Kg Limbong pada tahun lalu

PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM TAHUN 2011

Makluman:
Pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 yang memperoleh 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia secara automatik bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.

Pelajar yang layak boleh membuat semakan dan pengemaskinian di aplikasi profil Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2011 mulai 16 April 2012 di http://apps.moe.gov.my/bursaryspm2011/. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian help desk 03-83217086 atau emel pertanyaan kepada bt.bursary@moe.gov.my.


KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011.

Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2012


Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2012 boleh dinuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 23 April (Isnin) mulai jam 10 pagi.

Sumber: Laman Kementerian Pelajaran Malaysia 

Walau hanya seketika bagi kami cukup bermakna

Kesedihan menyelubungi warga SMK Paka. 
Selamat Berpisah Pn. Hjh. Salmah Bt Mohd Tahar, Pengetua SMK Paka
Jangan lupa kami di sini....

Pada 19 April 2012 yang lalu, satu program khas telah diadakan, Majlis perpisahan Pn. Hjh. Salmah Bt Mohd Tahar, Pengetua SMK Paka berjalan dengan penuh bermakna dan lancar. Suasana sebak menyelubungi warga SMK Paka sebaik sahaja Tuan Pengetua memasuki Dewan Seri Gemilang. Pengetua dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis dan sempat berpesan agar meneruskan kecemerlangan di dalam semua bidang. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari guru-guru serta dari semua pelajar SMK Paka. Semoga Tuan Pengetua  akan dilindungi Illahi serta diberikan rahmat kesihatan yang tinggi. Kami di SMK Paka akan  sentiasa merindui cikgu....

Super Elit SPM dicari

Majlis Pemuafakatan Pelajar Super Elit penuh pengharapan

Tarikh:  17 April 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Paka
Objektif:

* Berkongsi hasrat dan harapan antara guru, ibubapa dan pelajar untuk mencapai keputusan minima 6A   
  dalam SPM 2012
* Meningkatkan semangat motivasi  dan focus pelajar untuk  menghadapi peperiksaan SPM 2012.
* Membimbing pelajar menentukan sasaran SPM 2012 masing-masing.
 Aturcara Majlis:
* Ketibaan 25 orang pelajar Super Elit
* Ketibaan ibu bapa
* Ucapan aluan
* Ucapan Tuan Pengetua
* Perbincangan analisis kelemahan dan cara mengatasi
* Sesi soal jawab
* Jamuan ringan



Tahniah kepada yang terpilih. Buktikan kecemerlangan milik kita. Mana yang tidak terpilih, teruskan dan gandakan usaha untuk menjadi kelompok SUPER ELIT...
'

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP