Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Video Kenangan Terindah Sempena Perpisahan Pengetua SMK Paka

Video Kenangan Terindah Sempena Perpisahan Pn. Hjh. Salmah Bt Mohd Tahar, Pengetua SMK Paka yang bertukar ke Melaka




Baris, Baris Sedia!

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform peringkat sekolah berlangsung dengan meriah

Tarikh   : 30 April 2012
Masa    : 2.00 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Paka



Keputusan Pertandingan Kawad Kaki 
Kategori Lelaki
Pasukan Kadet Bomba (JOHAN)
Pasukan Kadet Polis (NAIB JOHAN)

Kategori Perempuan
Pasukan Kadet Polis (JOHAN)
Pasukan Kadet Remaja Sekolah (NAIB JOHAN)
Pasukan Renjer/Pandu Puteri (Ke-3)



Pelajar Pra-U SMK Paka sertai karnival Tingkatan 6

Tarikh: 26 April 2012
Tempat: SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun


Rombongan SMK Paka ke Melaka disambut meriah

Majlis Lambaian Muhibbah  sempena pertukaran
Pn. Hjh. Salmah Bt Mohd Tahar ke Melaka

Tarikh: 27 April 2012
Tempat: SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Melaka


Penghargaan Untuk Pengawas PSS SMK Paka

Majlis Secangkir Kasih Pusat Sumber Sekolah membentuk pemimpin unggul 

Tarikh: 26 April 2012
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Masa: 2.20 petang
Objektif: 
Menghargai sumbangan pengawas PSS dalam pembangunan PSS SMK Paka
Menggalakkan cetusan idea serta mengembangkan skil kepimpinan dalam mengendalikan sesebuah majlis
Meningkatkan motivasi pengawas PSS untuk sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan berterusan dalam segenap aspek pekerjaan

Aturcara Majlis:
Ucapan aluan pengerusi majlis (Nur Farah Aina Bt Norizlanin)
Bacaan doa oleh Sharmin Fitri B Shuhaimi
Ucapan Ketua Pengawas PSS (Nurul Faizura Bt Mohd Yusof)
Ucapan Pengurusan (Pn. Hjh Rahana Bt Maula, GPK Kokurikulum)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi bulan Mac dan April 2012
Sambutan Hari Lahir Pengawas PSS (Jan, Feb, Mac, April)
Jamuan


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012





Sukacita dimaklumkan bahawa semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Bawah Penuh Tahun 2012 boleh dibuat di laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia Bermula 25 April 2012 (Rabu).


Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013.

 
Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet  boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my  bermula 25 April 2012. Pemohon yang membuat semakan dan  BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan  untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar. Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.
Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Sekian, terima kasih.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP