Panduan Gred Pemarkahan bgi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai rujukan guru-guru, ibu bapa dan pelajar :
Gred | Markah | Status |
A
| 80 - 100 | Cemerlang |
B
| 65 - 79 | Kepujian |
C
| 50 - 64 | Baik |
D
| 40 - 49 | Lulus |
E
| 0 - 39 | Gagal |
Gred | Markah | Status |
A+
| 90 - 100 | Cemerlang Tertinggi |
A
| 80 - 89 | Cemerlang Tinggi |
A-
| 70 - 79 | Cemerlang |
B+
| 65 - 65 | Kepujian Tertinggi |
B
| 60 - 64 | Kepujian Tinggi |
C+
| 55 - 59 | Kepujian |
C
| 50 - 54 | Kepujian |
D
| 45 - 49 | Lulus |
E
| 40 - 44 | Lulus |
G
| 0 - 39 | Gagal |
Sumber:
http://ciklaili.blogspot.com/
Keputusan Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diumumkan
Rabu (23 Mac 2011) depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut bermula pukul 10 pagi.
Sumber: Utusan Malaysia 18 Mac 2011
Bagi pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bagi mereka yang ingin menduduki semula SPM Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU), pendaftaran bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telahpun dibuka bermula pada 1 hingga 31 Mac 2011.
Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di
www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Sumber:
http://ciklaili.blogspot.com/
Jom sertai kami...
Pertandingan anjuran
Makmal Komputer, PSS SMK Paka dan terbuka kepada semua pelajar SMK Paka
**** Karya adalah asli
**** Setiap logo adalah menarik dan memberi makna
**** Hadiah lumayan menanti semua pemenang.
e-mailkan karya anda kepada
sheedahsalleh@gmail.com
sebelum atau pada
1 April 2011
Latihan kawad kaki giat dijalankan sepanjang Februari dan Mac 2011 sebagai persediaan ke Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform peringkat sekolah. Latihan mula dijalankan pada seawal pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 6 petang setiap hari. Setiap unit beruniform menunjukkan sokongan dan semangat yang padu dalam memastikan unit beruniform yang diwakilinya akan menjadi juara pertandingan tersebut.
Ayuh, putera puteri SMK Paka, tunjukkan kehebatanmu kepada dunia...
 |
Pasukan Kadet Polis mencuba formasi yang ditunjukkan oleh Pegawai Polis |
 |
Disiplin menjadi keutamaan ketika dalam kawad |
 |
Lelaki atau perempuan tidak berkecuali dalam aktiviti kawad kaki |
Tarikh:
9 Mac 2011
Tempat:
Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Perasmian oleh:
YB. Hj Zakaria @ Mohd Ariffin bin Abdullah
(ADUN Kawasan Paka)
Mari kita lihat imbasan sekitar program...
Terbuka kepada semua guru SMK Paka
Sila dapatkan borang pencalonan Anugerah Pemimpin ICT 2011 dan Tokoh NILAM Guru pada pautan berikut :
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi En. Kamal Mizan bin Ismail @ Abdullah