Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Ahad cuti umum di Terengganu

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan skuad Penyu menjuarai Piala FA pada Sabtu lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia juga berikutan kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XIV.
Ahmad membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan wira-wira Piala FA dan Sukma XIV di Dataran Shahbandar di sini malam ini.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Datuk Wan Ahmad Wan Muda.
Kira-kira 10,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat turut memeriahkan majlis sambutan itu.
Pada final Piala FA Sabtu lalu, skuad Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 manakala kontinjen Sukma Terengganu mendahului senarai pungutan pingat dengan 30 emas.
"Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada kejayaan skuad bola sepak Terengganu dan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.
Beliau juga berkata, pengisytiharan cuti umum itu juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyokong skuad bola sepak dan atlet Sukma negeri sehingga berjaya melakar kejayaan gemilang.

No comments:

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP