Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

KARNIVAL PENDIDIKAN TERENGGANU 2011


Bagi memastikan kecemerlangan pendidikan dapat dilestarikan sebagaimana hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dalam visi “Melestarikan Pendidikan Terbilang”,  Karnival Pendidikan Terengganu 2011 dijangka akan dapat menzahirkan hasrat berkenaan serta memasyarakatkan Pendidikan Negeri Terengganu.
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan Karnival Pendidikan Terengganu 2011 bagi meraikan dan menghargai kejayaan yang telah diperolehi oleh pelajar dan Sekolah-sekolah Negeri Terengganu serta hasil kerja buat pendidikan.
Karnival tersebut akan diadakan pada 18 hingga 20 Oktober 2011 bertempat di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Kemaman, Terengganu.  Terdapat pelbagai aktiviti bertemakan Pendidikan telah dirancang untuk diadakan pada masa tersebut dan melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.  Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah Ekspo Keusahawanan Pendidikan Terengganu, Forum Perdana, Permainan Tradisional dan Sukaneka, Konsert Orkestra dan banyak lagi. Semuanya mengambil tempat di Daerah Kemaman.
Semua warga Pendidikan Negeri Terengganu khasnya dijemput hadir bagi memeriahkan karnival dan membantu hasrat  Kerajaan Negeri Terengganu  untuk menjadikan Negeri Terengganu, Negeri Anjung Ilmu.

No comments:

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP