Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Pasukan River Ranger SMK Paka harumkan nama Terengganu di peringkat kebangsaan

Jambori River Ranger Malaysia 2011

Tarikh: 23 hingga 25 September 2011
Tempat: Permata Resort Camp, Melaka
Anjuran: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Ahli River Ranger SMK Paka bergambar kenangan bersama pengurusan SMK Paka

Pasukan River Ranger SMK Paka telah dipilih mewakili negeri Terengganu ke Jambori River Ranger peringkat kebangsaan 2011. Pasukan River Ranger SMK Paka yang dianggotai oleh pelajar Tingkatan 4 telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri Terengganu apabila salah seorang daripada peserta River Ranger SMK Paka telah muncul Peserta Terbaik Keseluruhan (perempuan) Jambori River Ranger Malaysia tahun 2011.

Warga SMK Paka mengucapkan sekalung tahniah kepada adik Khadijah Nadiah Bt Abd Raman (4 Bestari) yang muncul Peserta Terbaik Keseluruhan (perempuan) menewaskan peserta lain dari seluruh Malaysia. Kehebatan Khadijah begitu terserlah apabila pihak RTM yang membuat liputan telah menemuramah beliau sewaktu menjalankan modul River Ranger di Sungai Siput. Khadijah juga telah menyampaikan pidato berkenaan 'Pencemaran Sungai' di dalam slot Speakers Corner di depan VVIP pada majlis Perasmian Penutup Jambori tersebut. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada ahli River Ranger SMK Paka yang lain kerana telah menunjukkan semangat dan kualiti terbaik sepanjang jambori berlangsung.


Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu kerana telah memberi peluang dan sokongan padu dalam memperoleh kejayaan yang bermakna ini.


Syabas ahli River Ranger SMK Paka!
Teruskan kecemerlangan...

2 comments:

adeq-yOe said...

wow !!

btw congratz for khadijah nadiah :)

shukri said...

takde video rakaman yg RTM tu ke?

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP