Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Kunjungan singkat Tuan Pengarah JPNT pendorong motivasi warga SMK Paka

Tarikh: 20 September 2011
Tempat: SMK Paka
Masa: 7.30 pagi


Warga SMK Paka menerima kunjungan singkat En. Razali bin Daud, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ke SMK Paka. Warga SMK Paka juga cukup bertuah apabila Tuan Pengarah telah memberikan ucapan berbentuk motivasi kepada para pelajar dan warga sekolah terutama bakal calon peperiksaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kunjungan singkat selama 30 minit ini daripada Tuan Pengarah sangat dialu-alukan oleh warga sekolah dan ia  sememangnya menjadi motivasi tambahan dalam mengejar kecemerlangan pendidikan di negeri Terengganu.

Mengabadikan nama di dalam Buku Pelawat SMK Paka
Selamat Jalan Tuan..
 
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
 
Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
 
*Nantikan video ucapan Tuan Pengarah JPN Terengganu

No comments:

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP