Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Video Imbasan Suka Duka Kem Merekayasa Kepimpinan PRS dan Pengawas PSS SMK Paka 2012

Marzuki SMK Paka ke Pentas Antarabangsa

Wan Marzuki Bin Wan Mohamad, atlit merentas desa SMK Paka yang mewakili Terengganu telah berjaya mengharumkan nama SMK Paka apabila telah memenangi gangsa di dalam Kejohanan Olahraga MSSM 2012 di Kedah, baru-baru ini. Sebelum itu, beliau memperoleh Emas di dalam kategori berpasukan. Kejayaan yang dicapai ini lebih manis apabila beliau terpilih untuk melebarkan sayap ke pentas antarabangsa bagi mewakili Malaysia untuk bertanding ke peringkat Asia.

Inilah hasil kegigihan dan semangat yang ditunjukkan oleh Wan Marzuki Bin Wan Mohamad. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semua pelajar SMK Paka patut menjadikan kejayaan ini sebagai motivasi tambahan untuk lebih berjaya lagi di dalam semua bidang selaras dengan slogan SMK Paka 'EXCELLENCE FOR ALL'.

TAHNIAH DIUCAPKAN...

KEM MEREKAYASA KEPIMPINAN PRS DAN PSS SMK PAKA SELESAI

Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas PSS Jalin Kerjasama 
di dalam menjayakan Kem Kepimpinan


Amanah diberi Tanggungjawab dipikul

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya 
dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka Tahun 2012

Tarikh: 1 Mac 2012
Tempat: Awang's Beach Resort, Rantau Abang, Dungun
Perasmian oleh En. Alias bin Sulaiman, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun

Aturcara Majlis: 
Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Paka Cemerlang
Bacaan Doa oleh Wan Mohd Ameeruddin Wan Saidi
Ucapan aluan
Tontonan klip video aktiviti Kem
Ucapan Perasmian
Penyerahan Watikah Pelantikan
Bacaan Ikrar
Sesi Bergambar
Bersurai


Kami sedia berkhidmat

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SMK Paka 2012

Tarikh: 29 Februari 2012
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Perasmian oleh Insp Mahadi Bin Hussin, Ketua Polis Balai, Balai Polis Paka


TAHNIAH DIUCAPKAN

Hari Bertuah Warga SMK Paka

Warga SMK Paka menerima kedatangan 
Pn. Hjh. Salmah Bt Mohd Tahar, Pengetua baru SMK Paka 


PESTA BUKU NEGERI TERENGGANU TAHUN 2012

Pesta Buku Negeri Terengganu Tahun 2012 anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan diadakan sebagaimana butiran berikut :
Tarikh : 23 - 29 Februari 2012
Masa : 9:30 pagi - 10:00 malam
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
 
Sehubungan itu semua dijemput hadir.

Kita Menang!

Perlawanan persahabatan Bola Sepak SMK Paka menentang SMK Seri Paka

Bawah 15 tahun
SMK Paka (3)     vs    SMK Seri Paka (1)

Bawah 18 tahun
SMK Paka (2)    vs    SMK Seri Paka (1)




Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP