Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2012 | e-GTukar 2012



Bagi guru-guru yang ingin membuat Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2012, anda kini boleh mengemaskini maklumat diri mulai 8 hingga 26 Ogos 2011 seterusnya membuat permohonan pertukaran melalui Sistem e-GTukar (sila gunakan Internet Explorer sahaja) yang akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah selesai

Tarikh: 9 Ogos 2011
Tempat: PSS SMK Paka

Jualan buku agama dan akademik sempena Ramadhan meriah

 Tarikh: 9 hingga 10 Ogos 2011
 Tempat: Kantin, SMK Paka




ANUGERAH INOVASI NEGARA 2011: Penyertaan telah dibuka!! Muat turun Borang Penyertaan di sini...

iklanain copy.jpg

 
 
   ANUGERAH INOVASI NEGARA 2011

Tujuan:
 
Anugerah Inovasi Negara (AIN) bertujuan mengiktiraf usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk siap dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.  Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Anugerah Inovasi Negara.  AIN 2011 akan diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE-National Innovation Conference and Exhibition) 2011.

Kategori dan Hadiah Anugerah Inovasi Negara 2011:
 
Anugerah Inovasi Negara 2011 terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terdapat 4 kategori dengan nilai hadiah mengikut kategori seperti berikut:
 
     1. Kategori Produk : RM50,000, piala dan sijil
     2. Perkhidmatan : RM50,000, piala dan sijil
     3. Akar Umbi : RM20,000, piala dan sijil
     4. Sekolah  : RM10,000, piala dan sijil

Tarikh NICE 2011:
 
15-16 November 2011 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Tarikh Penyampaian Hadiah Anugerah Inovasi Negara:
16 November 2011 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Muat Turun Borang Penyertaan:
 
Sila muat turun borang dengan mengklik mengikut pilihan kategori berikut:
 
Tarikh tutup penyertaan dan lokasi penghantaran borang:
 
Selewat-lewatnya 14 SEPTEMBER 2011, JAM 5.00 PETANG di alamat berikut:
 
Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2011
Agensi Nuklear Malaysia
Bangi 43000, Kajang
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Dr. Wan Manshol Wan Zin)

Pertanyaan lanjut:
 
Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2011 seperti berikut :

Agensi Nuklear Malaysia
Tel: 03-89112000 
Faks: 03-89252588

Y.Brs. Dr. Wan Manshol Wan Zin
manshol@nuclearmalaysia.gov.my
 
Puan Fairuz Faisal
fairuzfaisal@nuclearmalaysia.gov.my

Encik Chai Chee Kong
chai@nuclearmalaysia.gov.my

Sumber: Laman Web MOSTI

Portal Rasmi JPN Terengganu berwajah baru

Menarik, segar dan penuh informasi! Itulah yang dapat dikatakan apabila laman web Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah bertukar wajah. Mengambil kira keperluan pengguna, laman web JPNT bukan sahaja menepati citarasa pengguna malah menampilkan berita terkini aktiviti jabatan yang berlaku serta dunia pendidikan. Apa tunggu lagi, jom kita layarinya di alamat berikut:


Pesan Kepada Pelajar SPM dan STPM 2011




PERSEDIAAN MENTAL

Malam Peperiksaan

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

Pagi Sebelum Peperiksaan

1. Jangan lupa ambil sarapan pagi
2. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
3. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
4. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
5. Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
6. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

Majlis Tadarus Al-Quran semarakkan Ramadhan 1432H

Tarikh: 4 / 11 / 8 Ogos 2011 (Setiap hari Khamis)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.20 pagi

Ramadhan merupakah bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Ia merupakan bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan Allah. Sambutan Ihya' Ramadhan ini merangkumi aktiviti sambutan Ambang Ramadhan, Iftar Ramadhan, Nuzul Quran dan Tadarrus serta Khatam Quran.
Badan kerohanian SMK Paka mengambil inisiatif untuk menyediakan ruang kepada warga SMK Paka memantapkan keimanan dan merebut sebanyak mungkin ganjaran Allah melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti Majlis Tadarrus ini. Kita saksikan lensa kamera sepanjang majlis berlangsung...
>


KITA TERBAIK DI PERINGKAT NEGERI

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri yang berlangsung baru-baru ini telah merakamkan pencapaian yang membanggakan apabila tiga orang ‘squad leader’ dari SMK Paka telah dipilih sebagai ‘squad leader’ terbaik dan beberapa pasukan unit beruniform juga mendapat keputusan yang baik dalam pertandingan tersebut. Kerjasama dan   kesungguhan dari semua pihak menjadi kunci utama dalam pencapaian tersebut.
Sebelum itu juga, pasukan kita menggondol johan 4 daripada 6 kategori dalam pertandingan kawad kaki peringkat Daerah Dungun 2011. Pihak pengurusan SMK Paka merakamkan ucapan tahniah kepada semua ahli kadet dan guru yang terlibat di dalam menyumbang ke arah kejayaan gemilang ini.

Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri 2011
melibatkan SMK Paka

‘Squad Leader’ Terbaik Negeri
KRS (L) - Zulkarnain B. Ali
KRS (P) - Nur Aqlili Liana Bt Radzali
Polis (P) - Nur Fatehah Bt Abd Latif

Unit Beruniform
KRS (L) - Tempat ke 2
Kadet Bomba (L) - Tempat ke 3
Kadet Polis (P) - Tempat ke 3

Tahniah! Tingkatkan kecemerlangan..

'Squad Leader' terbaik bergambar bersama pengurusan SMK Paka
Tempat ke 3. Tahniah...

Perngorbanan tidak sia-sia. Memperoleh tempat ke 3.

Muncul Naib Johan hasil kerjasama semua ahli kadet

Anda memang terbaik walaupun tidak memperoleh tempat. Cuba lagi!

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN DAN KAJIAN KEBERKESANAN USAHA-USAHA PROMOSI KPM 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan dan Kajian Keberkesanan Usaha-usaha Promosi bagi tahun 2011. Kajian yang diadakan setiap tahun ini adalah usaha untuk mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan dan kualiti perkhidmatan KPM

2. KPM memerlukan maklum balas ikhlas terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada semua pelanggan. Hasil kajian tersebut adalah penting untuk diambil tindakan penambahbaikan mutu perkhidmatan Kementerian.

3. Borang-borang ini boleh dimuat turun di laman web KPM:
  • Borang Kajian Kepuasan Pelanggan KPM 2011

  • Borang  Kajian Keberkesanan Usaha-usaha Promosi KPM 2011


4. Borang Soal Selidik yang telah dilengkapkan hendaklah di kembalikan kepada:

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajan Persekutuan
60604 Putrajaya 


Mesti download: Koleksi Trial Science PMR- Soalan 8-Experiment-F1F2F3

Koleksi Trial Science PMR Soalan 8 (Experiment) F1, F2, F3

Terima kasih kepada http://blogsciencepmr.blogspot.com/

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP