Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Keputusan PMR SMK Paka Catat Peningkatan

 Tahniah. Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar PMR SMK Paka yang telah mengharumkan nama sekolah dengan mencatat peningkatan bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua subjek. Seramai 13 orang telah mendapat A dalam semua subjek manakala 14 orang pula telah mendapat sekurang-kurangnya 7A. Untuk rekod, bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua subjek pada PMR 2009 adalah seramai 7 orang sahaja. Pencapaian A dalam semua subjek telah meningkat mendadak pada tahun ini. Ini adalah sesuatu yang sangat bermakna buat semua warga SMK Paka terutama guru-guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri yang bertungkus lumus dalam mengejar kecemerlangan.
Tahniah! Excellence for all
Berikut adalah senarai pelajar yang mendapat A dalam semua subjek:
1) Amir Asyraf B. Mohamad Harith
2) Muhamad Fauzan B. Ab. Aziz
3) Mohd Afiq Firdaus B. Razali
4) Rasydan B. Mohamad
5) Azrul Nizam B. Mukti
6) W. Mohd Aminuddeen B. W.M. Shukri
7) Amirah Hanum Bt. M. Yusri
8) Hoo Rwi Chyi
9) Sow Yie Lin
10) Farah Nadzirah Bt. Mohd Rozi
11) Noor Nisrina Aqilah Bt. Mansor
12) Nur Balkhish Bt Jamal Abdul Nasser
13) Nuralisa Bt Zamri

Pengumuman Keputusan Penuh PMR 2010 oleh JPNT

Dewan Seri Gemilang berwajah baru menjelang 2011

Banner lama diturunkan
"Excellence For All". Itulah slogan terpampang di pemidang baru yang berada di Dewan Seri Gemilang, SMK Paka. Ya, pemidang lama sudah diturunkan menggantikan pemidang baru. Tahun baru, pemidang baru, harapan baru dan semuanya baru menjanjikan tahun kecemerlangan buat semua warga SMK Paka. SMK Paka boleh!

Banner 2011 sedia untuk dinaikkan
Kerja memasang banner bukan kerja yang mudah.
Bertungkus lumus memasang banner. Terima Kasih Krew Purnama Art Trading Sdn. Bhd
Siap dipasang. Selamat Datang 2011.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Elit dan SMKA Negeri Terengganu Tahun 2011


Pemohon boleh menyemak status permohonan ke sekolah menengah ELIT dan Sekolah menengah kebangsaan agama negeri Terengganu dengan menyemak laman di bawah
Sila klik link di atas

Melestarikan Pendidikan Terbilang

Ucapan Aluan Yang Berbahagia Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

     Pendidikan Terengganu adalah milik warga pelajaran. Marilah kita bersama-sama memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan dan persekolahan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda "Melestarikan Pendidikan Terbilang" serentak merealisasikan "Terengganu Negeri Anjung Ilmu" yang berkonsepkan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
     Saya memohon seluruh warga pelajaran negeri Terengganu mendoakan saya supaya menjadi seorang ketua yang amanah, jujur dan ikhlas dalam memimpin pendidikan Terengganu. Semoga pendidikan Terengganu sentiasa dirahmati, diberkati, diampuni dan memperolehi kejayaan.
     Marilah kita dengan penuh komitmen dan dedikasi bersama-sama merealisasikan NKRA, Kementerian Pelajaran Malaysia dan KPI, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Berita Harian Online | Dua guru 1 kelas

Jadual tarikh gaji bagi kakitangan kerajaan Tahun 2011

 

 Berikut adalah senarai jadual gaji bagi kakitangan kerajaan bagi tahun 2011.






Bulan Tarikh Catatan
Januari
25 Jan 2011
Februari
24 Feb 2011 Tahun Baru Cina 3 & 4 Feb 2011
Mac
24 Mac 2011
April
25 April 2011
Mei
24 Mei 2011 Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2011
Jun
23 Jun 2011 Hari Gawai 1 & 2 Jun 2011
Julai
25 Julai 2011
Ogos
24 Ogos 2011 Hari Raya Puasa 30 & 31 Ogos 2011
September
22 September 2011

Oktober
20 Oktober 2011 Deepavali 26 Okt 2011
November
24 November 2010
Hari Raya Haji 6 Nov 2011
Disember
19 Disember 2011
Hari Krismas 25 Dis 2011

* Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP