Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (B 18) SMK Paka

 SMK Paka vs SMK Seri Paka

Tarikh: 9 Februari 2011
Masa: 5.00 petang
Tempat: Padang SMK Paka


Keputusan
SMK Paka (0) vs SMK Seri Paka (1)

Menurut Cikgu Maulana (coach SMK Paka), perlawanan kali ini diadakan untuk menguji dan mengenalpasti pemain-pemain berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan utama bola sepak. Kalah dan menang adat pertandingan. Warga SMK Paka memberikan sepenuh sokongan dan semangat kepada pasukan bola sepak SMK Paka. Semoga berjaya. 

Excellence for all

PELANCARAN NILAM MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA

Glitter Words

Tarikh: 6 Januari 2011
Masa: 7.40 pagi - 8.45 pagi
Tempat: Dewan Seri Gemilang SMK Paka
Aturcara:
               Ucapan Pengerusi Majlis
               Nyanyian Lagu Negaraku
               Penerangan Program NILAM oleh:
               En. Kamal Mizan b. Ismail (Penyelaras NILAM)
               Tayangan Video Animasi Kempen Membaca
               Ucapan Perasmian oleh:
               Tn. Hj Kamarudin Bin Saman (GPK Pentadbiran)
               Pelancaran Program NILAM -
               (Gimik- Memotong riben dan  mengambil buku di dalam kotak)
               Ulasan buku oleh Anis Afifah Izzati bt Md Zaki 
               Nyanyian Lagu NILAM oleh:
               Koir Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM merupakan adunan penggabungan aktiviti membaca bagi mewujudkan tabiat membaca di kalangan pelajar. Oleh sebab itu, Jawatankuasa NILAM dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah SMK Paka telah mengambil inisiatif merancang program ini sebagai bermulanya titik tolak menyemarakkan NILAM di sekolah bagi tahun 2011. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan menepati kehendak di mana para pelajar begitu tekun dan terlibat secara aktif semasa program berlangsung.

Laporan penuh sepanjang majlis di laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

SOAL SELIDIK DAN MAKLUM BALAS CADANGAN PENILAIAN KOMPETENSI MENGGANTIKAN PTK

Dimaklumkan bahawa Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menjalankan soal selidik bagi mendapatkan pandangan pegawai awam terhadap penilaian kompetensi menggantikan PTK. 
 Soal selidik tersebut boleh dicapai di alamat berikut : 


Rumah Merah Juara

Rumah Merah mengungguli Kejohanan Merentas Desa Kali ke 15 Tahun 2011
Tarikh: 27 Januari 2011
Aktiviti/Program: Pendaftaran
                           Regangan
                           Larian Merentas Desa
                           Sarapan / Rehat
                           Penyampaian Hadiah
                           Perasmian Penutup
Kejohanan Merentas Desa Kali ke 15 SMK Paka sudah sampai ke kemuncaknya di mana pasukan Rumah Merah telah menjuarai kejohanan pada kali ini. Sekalung ucapan tahniah ditujukan kepada semua pelajar serta guru/kakitangan/pegawai kejohanan kerana telah berjaya mengendalikan kejohanan ini dengan penuh meriah. Ternyata latihan oleh pelajar yang dibuat selama 2 hari sebelum kejohanan banyak membantu pelajar memperbaiki catatan masa yang dibuat untuk menghabiskan larian. Hujan renyai-renyai di awal pagi juga tidak melunturkan semangat pegawai kejohanan serta pelajar untuk menyempurnakan kejohanan ini. Berikut disenaraikan  rumah sukan yang berjaya mengikut kategori yang dipertandingkan:
JOHAN KESELURUHAN - Rumah Mulia (Merah) 1953 mata
NAIB JOHAN - Rumah Kamil (Kuning) 1637 mata
TEMPAT KE 3 - Rumah Harmoni (Hijau) 1544 mata
Penyertaan peserta teramai - Rumah Bestari (Biru)

Johan Kategori
L 1 - Rumah Mulia (593 mata)
L 2 - Rumah Kamil (462 mata)
L 3 - Rumah Harmoni (336 mata)
P 1 - Rumah Mulia (460 mata)
P 2 - Rumah Harmoni (332 mata)
P 3 - Rumah Kamil (350 mata)

Tahniah kepada semua pemenang. Kalah dan menang adat pertandingan. Kepada yang tidak berjaya kita cuba lagi tahun hadapan. 
Imbasan suasana hari latihan dan pertandingan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke 15 SMK Paka







Marshall menjalankan tugas
Peserta melalui check point

Pendaftaran peserta
Pegawai kejohanan segak bergaya







Johan keseluruhan

Kem Rumah Kuning. Go kuning go :-)

Tetamu VIP yang hadir

'Ayahanda' PIBG menyampaikan hadiah kepada pemenang

Rumah manakah yang bakal memenangi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2011?

Untuk suka-suka, mari kita undi secara online rumah manakah yang anda rasa akan menang Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2011 ini:-





Undi-undi jugak, marilah kita beramai-ramai menyertai larian pada hari Khamis (27 Januari 2011) ini. Tunjukkan sokongan anda dengan menyumbang mata kepada rumah masing-masing.

Cadangan Tema Hari Guru 2011


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) KPM telah dipertanggungjawabkan untuk memilih Tema Hari Guru 2011.  Sehubungan itu, pihak JNJK amat mengharapkan cadangan Tema Hari Guru 2011 daripada kalangan pegawai, pensyarah dan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Bersama ini disertakan Panduan Mencipta Tema (Lampiran A) dan Borang Penyertaan (Lampiran B) untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.
4. Cadangan Tema Hari Guru tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM melalui e-mel : wan.huzaini@moe.gov.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau talian faks : 03-88844192. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi En.Wan Huzaini bin Wan Husain, Penolong Pengarah Sektor Penaziran dan Kepimpinan Institut Pendidikan, JNJK di talian 03-8884418/012-9786952.
Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP