Rasional
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN,
ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan
menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa
manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus
sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif'
melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah
mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu
dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan
atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun
ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada
kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.
Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
No comments:
Post a Comment