Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2011

Berita yang dinanti-nantikan buat calon SPM 2011 SMK Paka khususnya dan calon SPM seluruh Malaysia amnya, tarikh keputusan SPM dijangka akan diumumkan pada 22 Mac 2012 (Khamis) menurut sumber yang dinyatakan di dalam akhbar mStar Online bertarikh 27 Januari 2012.



Petikan mStar Online :

BERITA    Jumaat Januari 27, 2012

PETALING JAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka akan diumumkan pada 22 Mac ini.
"Tarikh berkenaan ada dalam kalendar pengurusan kementerian, namun Majlis Peperiksaan Malaysia akan putuskan tarikh rasminya nanti," kata pegawai Kementerian Pelajaran di sini, Khamis.
Sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,533 pusat seluruh negara antara 14 November hingga 14 Disember tahun lalu.
Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud sebelum ini berkata keputusan peperiksaan SPM 2010 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan sistem penggredan di mana 363 calon daripada sekolah kerajaan dan 40 lagi pelajar daripada sekolah swasta dan calon swasta mendapat A+ bagi kesemua subjek berbanding hanya 214 calon pada 2009.

No comments:

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP