Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

SMK Paka jayakan larian 1M1S1M dalam Malaysia Book Of Records

Tarikh: 2 Julai 2011
Tempat: SMK Paka
Aturcara Majlis:
6.30 pagi - Pendaftaran peserta
7.20 pagi - Bacaan Doa
7.30 pagi - Nyanyian lagu 1Murid 1Sukan 1Malaysia
7.40 pagi - Senamrobik
7.45 pagi - Larian serentak 1M1S1M
                  Aktiviti sukan
( Bola Tampar, Pentaque, Explorace, Bola Jaring, Tarik Tali)

'Banner' peringkat kebangsaan

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Paka yang telah menjayakan larian serentak ini. Pastinya semua peserta menjadi sebahagian daripada 4 juta murid menjayakan larian ini dan ianya bakal menjadi catatan dalam Malaysia Book Of Records. Melihat kesungguhan warga SMK Paka yang tiba seawal 6.30 pagi, cukup menunjukkan komitmen tinggi di dalam membangunkan modal insan dan meningkatkan kecergasan.
Setelah melalui proses pendaftaran dan pembahagian nombor peserta, peserta diajak menyanyikan lagu tema larian serentak 1M1S1M bersama-sama. Nyanyian yang penuh semangat itu disusuli dengan aktiviti senamrobik.
Seterusnya, larian serentak 1M1S1M dilepaskan dan peserta menunjukkan sikap yang positif sepanjang larian berlangsung. Sesungguhnya SMK Paka berada di landasan yang tepat ke arah kecemerlangan sukan.

Warna warni larian 1M1S1M

No comments:

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP