Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

ITNM akan menganjurkan Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 melibatkan semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia antara lain bertujuan merangsang generasi muda terutamanya kanak-kanak dan remaja sekolah untuk menguasai pemikiran secara kritis dan kreatif bagi meneroka perkara baru selain menjana idea dan mencipta sesuatu yang luar biasa serta inovatif. Tujuan ini selari dengan cabaran keenam Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik, progresif, inovatif dan mampu memandang jauh ke hadapan.
Pertandingan ini menawarkan hadiah lumayan kepada setiap pemenang. Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan:
Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.
Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.
Pautan laman di sini.

No comments:

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP