Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Air mata iringi persaraan Cikgu Din

Sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Tuan Haji Kamarudin bin Saman, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SMK Paka, kira-kira 1200 pelajar serta 120 orang guru dan kakitangan mengadakan majlis persaraan bagi meraikan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan. 
Ketibaan Tuan Haji Kamarudin bersama isteri telah disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang seterusnya diarak menggunakan beca menuju ke Dewan Seri Gemilang. 
Dewan yang dihias cantik dengan pentas persandingan telah diserikan dengan beberapa persembahan iaitu persembahan silat, tayangan video, bacaan biodata dan bacaan sajak selain ucapan daripada tetamu jemputan serta ucapan yang dirai. 
Beliau ketika ditemui berkata, kejayaan yang dikecapi sepanjang empat tahun berkhidmat di sekolah itu adalah hasil usaha serta kerjasama yang diberikan pelajar dan kakitangan.
"Saya harap semua guru serta pelajar akan terus memberi komitmen dalam meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah dalam akademik dan kokurikulum.
 "Kepada pelajar, nasihat saya hargai dan guna masa sebaik mungkin dengan aktiviti berfaedah jika mahu memperoleh kejayaan," katanya pada majlis berkenaan. 

No comments:

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP