Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Blog Kaunseling CEMPAKA Johan Pertandingan Blog Peringkat Daerah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan blogger Kaunseling SMK Paka kerana telah muncul bergaya menjadi johan pertandingan blog Kaunseling antara sekolah daerah Dungun. Kemenangan ini telah melayakkan pasukan Kaunseling CEMPAKA mewakili daerah Dungun ke Pertandingan Peringkat Negeri Terengganu pada minggu hadapan. Kita doakan kejayaan berterusan daripada pasukan ini.

Disertakan pautan blog Kaunseling CEMPAKA untuk ramai-ramai kita berkunjung ke sana. Jom....

Sila klik pautan di atas

PERTANDINGAN MENULIS ESEI YABHG TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD


Pertandingan ini anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana (Ybut:KP) dan Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd yang berlangsung sekarang sehingga 07 November 2011.

Berikut disertakan maklumat berkaitan pertandingan tersebut:-

Panduan guru: Format Pelaporan Kelab/Persatuan Tahun 2011



Perhatian kepada semua guru SMK Paka,
Berikut disertakan fail format sebagai panduan dan rujukan guru-guru:
Mesti 'download' 

Jom Undi Kulit Majalah CEMPAKA 2011 kegemaran anda...

Artwork 1
Artwork 2



Artwork 3
Artwork 4
Yang mana satu pilihan kulit Majalah kegemaran anda? Undilah mengikut citarasa anda...
Undian yang popular akan dipilih menjadi kulit Majalah CEMPAKA Edisi ke 4 tahun 2011.





*Komen dan pandangan membina sangat diperlukan bagi memantapkan persembahan Majalah CEMPAKA pada tahun ini.

PROGRAM KUIZ "WHO WANTS TO BE SCIENTIST" (SK) DAN "WHO WANTS TO BE PROFESSOR" (SMK)

Berita baik buat pelajar SMK Paka!
Sertailah kuiz "WHO WANTS TO BE PROFESSOR" (SMK)....Kuiz ini di anjurkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Kesinambungan bagi program kuiz ini, set soalan akan mula di 'upload' di laman sesawang www.fpsk.unisza.edu.my pada 15 September - 30 November 2011. Para peserta yang mendapat markah tertinggi layak ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 18 Disember 2011.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2012

Makluman untuk semua pelajar tingkatan tiga (3) yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2012, berikut adalah maklumat penting tentang permohonan tersebut :


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM 
(UKKM).

B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 Nov hingga 2 Dis 2011.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang 
permohonan secara online.


NOTA :

1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.

2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.

5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah 
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah 
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

D. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober 2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 
yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang 
permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke 
alamat seperti di bawah :


(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 
Jalan Raja Laut, 
50609 KUALA LUMPUR


E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.

3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Sumber ini dipetik dari laman Ciklili.com. Terima kasih!

Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Oleh Ibu Bapa Secara Online Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Untuk makluman, sistem ini hanya digunakapakai bagi pelajar sekolah rendah (darjah 6) dan sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5) sahaja.
Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :
1. Pergi ke laman web SAPS - http://saps.moe.gov.my. Kemudian, click di bahagian Semakan Ibu Bapa
2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.
3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip

Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa

Contoh analisa keputusan pelajar
 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.
* 23/9/2011 : Semakan Ibu Bapa masih dalam tempoh percubaan.

Sumber ini dipetik daripada laman Ciklaili.com. Terima kasih!

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP