Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

KEPUTUSAN MASUK IPTA HARI INI

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai jam 12.00 tengah hari pada 6 Mei 2011.
Semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802. Calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my , http://www.jpt.uum.edu.my dan http://.jpt.utm.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor i/c) ke 15888.
Layari http://upu.mohe.gov.my/ untuk semakan

SEMOGA BERJAYA!

Kemunculan laman Bimbingan dan Kaunseling pelengkap kecemerlangan SMK Paka

atas kemunculan laman blog 
Bimbingan dan Kaunseling SMK Paka.

Semoga mendapat manfaat dan informasi berguna kepada warga SMK Paka

Layari  http://ubksmkpaka.blogspot.com/

EXCELLENCE FOR ALL

MAKLUMAN : SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH 2011 SECARA 'ON-LINE'

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan dan surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah boleh dicetak secara on-line mulai 2 Mei 2011 (Isnin) melalui alamat laman web http://www.emoe.gov.my dan calon juga boleh menyemak keputusan tawaran melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip seperti berikut : "T.6Nombor Kad Pengenalan" atau "T.6Angka Giliran" dan hantar ke talian 15888.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri mulai 9 Mei 2011 (Isnin) di sekolah yang ditawarkan.

Selamat Hari Pekerja

Kepada:  
Guru, Kakitangan SMK Paka 
dan 
Semua Pengunjung Blog

Lensa Kamera Usrah Bulanan Warga SMK Paka

Tarikh: 27 April 2011
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

SMK Paka tuan rumah Bola Baling Daerah

Pertandingan Bola Baling MSS Dungun 2011 Peringkat Daerah
Tarikh: 27 April 2011 - 29 April 2011 
Tempat: Padang Bola Baling SMK Paka

Diucapkan selamat berjuang buat pasukan bola baling SMK Paka. 
Semoga beroleh kejayaan dan mampu mencipta lonjakan kecemerlangan berterusan...

KADET BOMBA HEBAT

Susulan kejayaan cemerlang dalam 
Perkhemahan Kadet Bomba Negeri 2011

Tahniah diucapkan kepada semua kadet yang mewakili Daerah Dungun ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri Terengganu 2011. Persaingan tahun ini sangat sengit terutama sekali apabila kita sudah 3 tahun tidak menyertai perkhemahan peringkat negeri. Pelbagai halangan terpaksa kita tempuhi namun kita pergi dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. Pengalaman kali ini sangat berharga. Semoga tahun hadapan kita dapat mengambil panduan dari apa yang telah kita lalui kerana sudah pastinya tahun hadapan kita akan KEMBALI. 


PENCAPAIAN KONTIJEN DUNGUN 2011
TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KAWAD KAKI
TEMPAT KETIGA KAWAD OPERASI BASAH
TEMPAT KETIGA KHEMAH TERBAIK(TIDAK RASMI)
TEMPAT KELIMA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN


Ikuti diari Perkhemahan Kadet Bomba Negeri 2011 hanya di http://kadetbombasmkp.blogspot.com/

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP