Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Kewujudan blog yang ditunggu-tunggu

"Alam ini kompleks,namun cukup ringkas untuk dinikmati oleh sepasang mata yang kecil. Alam ini penuh dengan keajaiban dan keindahan. Kehebatan alam semulajadi yang kita sama nikmati ini tak mungkin terjadi secara kebetulan."

Teks di atas adalah sedutan daripada blog yang baru diwujudkan oleh Ustaz Muhd Zuraihi Bin Razali iaitu berkaitan dengan penghayatan Islam. Semoga dengan kewujudan blog ini dapat sama-sama warga SMK Paka dan pengunjung amnya serta pelajar SMK Paka khususnya mengambil maklumat dan pelajaran yang berguna dalam memandu ke arah kecemerlangan hidup. Teruskanlah mengikuti penulisan beliau hanya di



Menarik entri terbaru blog ustaz:



Emas Pembuka Tirai Kejohanan Milik SMK Paka

Emas pertama Kejohanan Olahraga MSS Dungun kali ke 42 telah menjadi milik atlit SMK Paka dalam acara 3 km jalan kaki. Kejayaan ini lebih manis apabila pingat perak dalam acara sama juga telah dimenangi oleh atlit kita.  Atlit yang memenangi emas tidak lain dan tidak bukan ialah
NURUL SYUHADA BT HASHIM (Emas)
&
NOOR HASMAH ASYIKIN BT AWANG (Perak)

Atlit SMK Paka bersemangat menyertai perbarisan

Amanah diberi Tanggungjawab Digalas


Tarikh: 23 Februari 2011 (Rabu)
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Perasmian oleh: En. Idris bin Bidin, Penolong Pegawai Daerah Dungun
Penyampaian watikah oleh: En. Nize bin Muhammad, Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber, BTPNT
                                          C/Insp Idrus bin Darus dari Balai Polis Daerah Dungun
Aturcara program:
- Nyanyian Negaraku
- Bacaan doa
- Ucapan Aluan Tuan Pengetua
- Video imbasan aktiviti Pengawas dan Pengawas PSS
- Ucapan Perasmian Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
- Penyampaian Watikah
- Video ucapan Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas PSS
- Sesi Bergambar
Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka
Pengawas Sekolah SMK Paka
* Lagi gambar dan berita penuh, layari laman Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

Undian prestasi atlit SMK Paka di Kejohanan Olahraga MSS Dungun 2011




Obor semangat dinyalakan

Penyerahan Bendera Kejohanan Kepada Ketua Olahraga SMK Paka

Tarikh: 27 Februari 2011
Hari: Ahad
Tempat: Dewan Seri Gemilang SMK Paka

Penyerahan bendera kejohanan kepada ketua kontinjen telah dilakukan dalam acara perhimpunan rasmi sebagai simbolik agar atlit-atlit yang bertanding akan berjuang dengan semangat yang tinggi di Kejohanan Merentas Desa MSS Dungun pada 28 Februari 2011 di SMK Sultan Omar, Dungun. Ayuh! Warga SMK Paka, sama-sama kita memeriahkan dengan memberi sokongan kepada sekolah kesayangan kita dalam kejohanan ini. 





Excellence For All

Keputusan STPM 2010 mencatat peningkatan

SMK Paka terus mengekalkan momentum kecemerlangan apabila keputusan STPM 2010 telah menunjukkan peningkatan apabila 100% pelajar layak mendapat sijil penuh. Sekalung tahniah diucapkan kepada calon STPM dan semoga pelajar lain dapat menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kejayaan.

4P - 13 orang pelajar
3P - 8 orang pelajar
2P - 3 orang pelajar




Keputusan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tarikh: 17 Februari 2011 (Khamis)
Tempat: Sekitar Paka
Kriteria Pemarkahan:
* Sepanduk
* Kedatangan ahli
* Kreativiti
KEPUTUSAN
Johan : Pasukan Pandu Puteri
Naib Johan : Pengakap
Tempat ke-3 : Kadet Bomba
Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang

SENARAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DAN KRITERIANYA

Berikut ialah senarai 23 buah Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2, 2011, sebagaimana diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di SK Ulu Lubai, Sarawak semalam.

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

NOTA HUJUNG:

Sebagai imbasan, berikut disenaraikan 20 SBT kumpulan pertama(2010) dan penjelasan tentang konsep Sekolah Berprestasi Tinggi :

Sekolah Berasrama Penuh:
Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:
- Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
- Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
- Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
- Memanjangkan waktu persekolahan.
- Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
- Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
- Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
- Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
- Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
- Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
- Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
- Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :
- Pencapaian akademik yang cemerlang.
- Melahirkan personaliti unggul.
- Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
- Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
- Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
- Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Sumber: http://abihulwa.blogspot.com/2011/02/sekolah-berprestasi-tinggi.html

Dengan kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga SMK Paka, tidak mustahil SMK Paka akan memperoleh Sekolah Berprestasi Tinggi suatu hari nanti...

Tarikh Keputusan STPM 2010

Tarikh keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010 telahpun diumumkan melalui Buletin Utama dan akhbar  utama Malaysia iaitu pada 21 Februari 2011 (Isnin). Calon STPM 2010 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari dan juga boleh menyemak keputusan melalui SMS mulai jam 12:00 tengah hari pada hari tersebut : 

taip STPM< > No. K/P hantar ke 36363
atau
taip STPM< > RESULT< > No.K/P hantar ke 15888

Selain itu, calon juga boleh menyemak secara online dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Dungun

Tarikh: 17 Februari 2011
Hari: Khamis
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tgh
Pengisian: Pelajar berkumpul di Dewan Sivik, Paka
                Berarak mengelilingi kampung sambil berselawat
                Bacaan al-Quran
                Ceramah Agama
                Persembahan
                Ucapan oleh Ahli Parlimen Dungun
                Jamuan


Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP