Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Latihan Merentas Desa lancar

Tarikh: 18 dan 19 Januari 2011
Masa: 4.00 petang

Bahang Kejohanan Merentas Desa Sekolah makin terasa. Latihan yang dijalankan selama 2 hari ini membabitkan 4 pasukan iaitu Rumah Kamil, Rumah Mulia, Rumah Bestari dan Rumah Harmoni. Peserta begitu  bersemangat dan berkeyakinan untuk menyertai latihan bagi menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Siapakah yang menjuarai Kejohanan Merentas Desa pada 27 Januari nanti? Sama-sama kita tunggu...

SOAL SELIDIK KEPERLUAN LATIHAN TAHUN 2011 SECARA ATAS TALIAN

Kepada: Semua guru SMK Paka
Dengan segala hormatnya tuan/puan DIWAJIBKAN menjawab soal selidik keperluan latihan dalam perkhidmatan secara atas talian di laman web http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=e1e78a4b-c2a4-4e2d-ae3b-88e5ecea8252

>>>> Klik terus ke Laman Soal Selidik Keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan 2011<<<<<<<

Semakan Tawaran Permohonan SBP Tingkatan 4 Tahun 2011 - 18 Januari

BERITA TERKINI !
Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar ke Tingkatan Empat SBP diumumkan hari ini, 18 Januari 2011.

Pelajar yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP berkenaan pada 7 Februari.

 Tahun ini, Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Empat di SBP berbanding tempat yang ditawarkan sebanyak 5,300 sahaja.

Pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh membuat rayuan secara atas talian dengan menggunakan e-rayuan pada pautan yang sama di atas.

Tempoh rayuan ialah mulai 18 Januari hingga 2 Februari iaitu selama 14 hari.

Semoga berjaya!

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KPLI AMBILAN JAN 2011

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai 17 Januari 2011 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MOE KPLI3 dan hantar ke 15888. Contoh : MOE KPLI3 780803105677  
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Pemilihan Anggota Kadet Polis Sekolah Ketat

Tarikh: 16 Januari 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Dikendalikan sesi pemilihan sepenuhnya oleh Pegawai Polis dari Balai Polis Paka
Pelajar menunjukkan kemahiran lompat bintang

Antara kriteria utama syarat pemilihan.. luruskan tangan

Sebahagian pelajar yang menjalani ujian pemilihan

Melakukan arahan yang diarahkan pegawai

MESYUARAT RUMAH SUKAN PENUH STRATEGI

Perang psikologi di antara rumah sukan kini bermula. Mesyuarat Rumah Sukan SMK Paka telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Januari 2011. Mesyuarat bermula pada pukul 2 petang di mana setiap ahli mengikut rumah masing-masing berkumpul mengikut tempat yang disediakan. Untuk makluman, SMK Paka mempunyai empat rumah sukan iaitu rumah sukan Kamil, Mulia, Harmoni dan Bestari. Agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah memilih ahli jawatankuasa ruma di kalangan pelajar seterusnya membincangkan persiapan Kejohanan Merentas Desa yang akan diadakan tidak lama lagi. Semoga berjaya diucapkan kepada semua rumah sukan! Excellence For All.
Suasana semasa mesyuarat berlangsung

Pelajar SMK Paka menerima sumbangan Majalah CEMPAKA

Tarikh: 6 Januari 2011
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pemberian Majalah CEMPAKA edisi ke 3 (2010) kepada pelajar telah disumbangkan oleh Unit Kebajikan SMK Paka. En. Arrifin bin Mohammad, Pengetua SMK Paka telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Salah seorang pelajar yang menerima sumbangan tersebut melahirkan kesyukuran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas pemberian tersebut.Gambar berikut merupakan antara penerima majalah CEMPAKA sumbangan Unit Kebajikan SMK Paka



Kecekapan Pendidik Bentuk Generasi Masa Depan

Utusan Malaysia Online

KEMASKINI DATA DENGAN EMISONLINE

Makluman kepada semua guru SMK Paka,
Anda diminta untuk menyemak kembali data peribadi anda dengan melayari laman portal emisonline (Klik pautan di bawah). Jika terdapat sebarang kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan, sila betulkan ke dalam borang Maklumat Asas Guru. Borang Maklumat Asas Guru perlu diberikan kepada Puan Mas Ayu Ros Aida Bt Haron sebelum 12 Januari 2011 (Rabu)

EMIS ONLINE (Sila klik)

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP