Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Hari Anugerah Kokurikulum

Tarikh: 9 November 2010 (Selasa)
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka


Lensa Kamera: Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas SMK Paka

Tarikh: 8 November 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pengisian program: Ucapan aluan
                                 Bacaan doa
                                 Ucapan Ketua Pengawas
                                 Ucapan GPK HEM
                                 Penyampaian anugerah
                                 Jamuan Makan

Selepas Nazmizan, Zaki Sadri pula berkunjung ke SMK Paka


Siapakah Zaki Sadri? Kita imbas kembali petikan berita mengenai kejayaan tokoh sukan ini..

 Zaki Sadri won 2 Gold Medals in the individual athletics events for the XIX SEA Games in Jakarta.
  • Long Jump (g.r.)
  • Triple Jump 
 Itulah kehebatannya di dalam sukan olahraga. Pada 8 November 2010. beliau telah datang ke SMK Paka bagi memberi pendedahan kepada atlet SMK Paka berkaitan teknik dan cara yang betul berkaitan olahraga. Klinik yang dijalankan selama sehari ini memberi input dan praktikal yang cukup berguna buat atlet sekolah dalam memburu kejuaraan pada masa akan datang.
Awas kepada sekolah-sekolah sekitar daerah Dungun.. Kalau sebelum ini Nazmizan Muhammad dan sekarang ini pula Zaki Sadri sudi memberi tunjuk ajar kepada atlet SMK Paka. Persoalannya, mampukah sekolah-sekolah sekitar daerah Dungun menandingi kehebatan atlet SMK Paka dalam sukan olahraga tahun hadapan?? Kita lihat hasilnya nanti.

Zaki Sadri menunjukkan teknik yang betul ketika sesi memanaskan badan
 * Dapatkan gambar yang menarik hanya di Facebook SMK Paka.

Lensa: Pemenang Pertandingan P.Point dan Wallpaper@Facebook

Seperti dijanjikan, kami siarkan gambar pemenang bagi  
Pertandingan Mencipta Nota menggunakan P.Point dan Pertandingan Wallpaper@Facebook anjuran Pusat Sumber Sekolah SMK Paka.




















Wajah- wajah kegembiraan ketika menerima hadiah.  
Seronok kan?                                                            

VSC Soccer tiada tandingan

Johan Pertandingan Futsal SMK Paka 2010

Tarikh: 25 hingga 27 Oktober 2010
Tempat: Padang SMK Paka
Pasukan yang bertanding
Se7en FC               VIPER FC                       CCC
Infinity Soccer                       G.M FC                       VSC Soccer
dan pasukan jemputan tidak lain dan tidak bukan...
TEACHERS FC

Pertandingan ini dirancang oleh unit Sukan SMK Paka bagi memenuhi slot Program Selepas PMR. Alhamdulillah... penyertaan daripada peserta amat menggalakkan dan pemain-pemain telah menunjukkan persembahan dan permainan yang sihat. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bertanding dan pasukan VSC Soccer telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Futsal SMK Paka. Kepada pasukan yang lain, cuba lagi pada tahun hadapan.
Keputusan penuh pertandingan:
Johan : VSC Soccer
Naib Johan : G.M. FC
Ke-3: Infiniti Soccer
Ke-4: Se7en FC


Lagi gambar menarik hanya di Facebook SMK Paka
Johan Pertandingan Futsal, VSC Soccer

Dapatkan Soalan Peperiksaan Percubaan STPM 2010

Hadiah istimewa untuk calon STPM 2010. Dapatkannya sekarang dengan 'klik' butang link di bawah...
 
Kedah :
Bahasa Melayu (K1) --------- Bahasa Melayu (K2)--------- Skema (K1) , Skema (K2)

Pahang :
Bahasa Melayu (K1) --------- Bahasa Melayu (K2)--------- Skema (K1), Skema (K2)

SMK St. Joseph, Sarawak:
Pengajian Am (K1) ---------- Pengajian AM (K2) ---------- Skema

Muat Turun Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis

Perhatian kepada semua   
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Disertakan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis untuk rujukan calon.
 Sila klik menu di bawah :

e-Penyata Gaji & Laporan

Makluman kepada semua guru & kakitangan SMK Paka serta penjawat awam yang lain,

Mulai Oktober 2010 penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan (slip gaji) tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam seperti kebiasaannya.

Cara untuk mendapatkan e-Penyata Gaji dan Laporan bolehlah layari  http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx



Pemenang Pertandingan Wallpaper@Facebook SMK Paka

Glitter Words

Pemenang bagi Pertandingan Wallpaper@Facebook SMK Paka anjuran Pusat Sumber Sekolah SMK Paka pada bulan September 2010 yang lalu telah dimenangi oleh:
Tempat Pertama: Fatin Najeeha Bt Ghazali (4A)
Ke-2: Che Wan Mohd Firdaus Bin Che Wan Kamaruddin (2KRK3)
Saguhati:
Ann Nur Bt Ismail (2KRK1)
Auni Afiqah Bt Mustafa (2KRK3)
Aliff Lukman Bin Tawam (2A)
Farrah Hanum Bt Kamarudin (2A)
Muhammad Izzurudin Bin Hanapi (4A)
Wan Nor Fasqia Bt Wan Zakaria (4A)

*Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad*

Para Pemenang bolehlah menuntut hadiah kemenangan dengan berjumpa Cikgu Kamal Mizan di Bilik Media (Perpustakaan)
SMK Paka.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP