Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Pemenang Pertandingan Wallpaper@Facebook SMK Paka

Glitter Words

Pemenang bagi Pertandingan Wallpaper@Facebook SMK Paka anjuran Pusat Sumber Sekolah SMK Paka pada bulan September 2010 yang lalu telah dimenangi oleh:
Tempat Pertama: Fatin Najeeha Bt Ghazali (4A)
Ke-2: Che Wan Mohd Firdaus Bin Che Wan Kamaruddin (2KRK3)
Saguhati:
Ann Nur Bt Ismail (2KRK1)
Auni Afiqah Bt Mustafa (2KRK3)
Aliff Lukman Bin Tawam (2A)
Farrah Hanum Bt Kamarudin (2A)
Muhammad Izzurudin Bin Hanapi (4A)
Wan Nor Fasqia Bt Wan Zakaria (4A)

*Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad*

Para Pemenang bolehlah menuntut hadiah kemenangan dengan berjumpa Cikgu Kamal Mizan di Bilik Media (Perpustakaan)
SMK Paka.

Pemenang Pertandingan Mencipta Nota P.Point

Glitter Words

Pemenang bagi Pertandingan Mencipta Nota Dalam Power Point Tingkatan Satu Anjuran Pusat Sumber Sekolah SMK Paka pada bulan September 2010 yang lalu telah disandang oleh:
Tempat Pertama: Nur Anis Bt Nawi & Nor Shahira Bt Azman (1KRK1)
Ke-2: Amira Adilla Bt Amree & Nur Deaana Nasuha Bt Azman (1KRK2)
Saguhati:
Lai Jie Xin & Hiew Jia Yee (1A)
Nurhayati Bt Harun (1B)
NurAini Bt Ibrahim Lim Eng Poo & Lee Ann Nee (1A)
NorSyafira Bt Mohd Yusoff & Nurul Raihani Bt Amri (1KRK1)
Mariatul Khiftiah Bt Abdullah & Nor Azlina Bt Razli (1KRK1)
Nuraida Natasha Bt Noor Isham & Maisarah Bt Roslim (1KRK2)
Nor Soleha Bt Ramli (1KRK3)
NorHasmah Ashikin & Radiatul Alwiyah Bt A.Razak (1KRK2)

 *Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad*

Para pemenang diminta menuntut hadiah kemenangan dengan
Cikgu Kamal Mizan di Bilik Media(Perpustakaan).

Keputusan Penuh Pertandingan Boling Guru dan Kakitangan 2010


 Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka 2010 dengan sukacitanya
 mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Boling Guru & Kakitangan pada 12 Oktober 2010 yang lalu bertempat di U-Bowl Mesra Mall telah disandang oleh:



Kategori Individu
1. Cik Mazniza Bt Ismail
2. Cik Roddiahtul Bt Awang
3. En. Saludin Bin Mohamad Nor

Kategori Berpasukan
1. Cik Norul Najihah, Cik Roddiahtul, Cik Nor Suzilawati & Cik Mazniza
2. En. Zakaria, En. Alias, En. Muhd Zuraihi, En. Noruddin & Tn. Hj Azli
3. En. KamalMizan, En. Nik Shaipu, En Norazlie, En. Rosli & En. Hisham

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. 
Anda semua adalah pemenang!

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita!

Tarikh:  19 Oktober 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka SMK Paka
Pengisian: Ucapan GPK Akademik
                Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah
                Persembahan Pelajar
                Nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Lawatan Bermaklumat Kepimpinan Pelajar

Tarikh:  13 Oktober 2010
Tempat: Kuala Terengganu

Perpustakaan Negeri Terengganu
Lawatan ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Badan Pengawas SMK Paka. Seramai 76 orang peserta yang terdiri daripada Pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka telah terpilih untuk menyertai lawatan bermaklumat yang julung kali diadakan pada tahun ini. Destinasi yang dikunjungi ialah:
Muzium Negeri
Masjid Kristal
Peserta bergambar kenangan di Perpustakaan Negeri Terengganu



*Dapatkan gambar sekitar lawatan ini hanya di Facebook SMK Paka

Boling Anjuran MGK Santai dan Meriah

Tarikh:  12 Oktober 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Mesra Mall, Kerteh

Kepuasan jelas terpancar di wajah setiap guru dan kakitangan yang menyertai pertandingan ini. Mereka bukan sahaja dapat menghilangkan 'stres' sewaktu bekerja malah dapat mengeratkan jalinan ukhwah di kalangan peserta. Guru-guru dan kakitangan SMK Paka yang tidak bermain juga turut memberi sokongan moral kepada peserta. Maka riuh dan gamatlah pusat boling Mesra Mall, Kerteh dengan gelagat dan keletah peserta menghayun bola boling. Dengan sambutan yang memberangsangkan tidak mustahil pertandingan ini patut dijadikan acara tahunan dalam kalendar Majlis Guru & Kakitangan SMK Paka. Sekalung ucapan tahniah kepada ajk yang menjayakan pertandingan ini.
Mahu tahu siapakah pemenangnya??? Tunggu..


Pertandingan Boling @ Mesra Mall, Kerteh

Awas!! Pertandingan ini tidak dibuka kepada pelajar-pelajar SMK Paka

Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua guru dan kakitangan SMK Paka. Program ini adalah anjuran Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka 2010.
Jangkaan pertandingan pada 13 Oktober 2010 (Selasa) pada pukul 3.00 petang.
Ayuh.. tunjukkan kehebatan anda dalam permainan ini. 
Daftarlah sekarang dengan Pn. Norazila bt Azizan / En. Kamal Mizan bin Ismail.

Saksikan kehebatan guru-guru anda dalam permainan boling. Semua dijemput hadir...

Sayonara

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SMK PAKA

Tarikh: 30 September hingga 02 Oktober 2010
Tempat: Padang SMK Paka

Jumpa lagi tahun hadapan. Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah melabuhkan tirainya. Yang pastinya, banyak kenangan manis dan pengalaman berharga yang dikutip sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan berlangsung. Rata-rata peserta melahirkan perasaan seronok dan berharap agar perkhemahan ini akan diadakan dengan lebih kerap lagi. Sayonara!

Pakej 2 dalam 1 meriah

Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Lahir Badan Pengawas SMK Paka

Tarikh: 29 September 2010
Tempat: Dewan Seri Cempaka SMK Paka
Aktiviti: Ucapan Ketua Pengawas
               Ucapan GPK HEM
               Penyampaian Hadiah Hari Lahir Guru dan Pengawas
               Majlis Hari Raya

Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada Badan Pengawas SMK Paka kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini yang cukup santai tetapi meriah. Bertepatan dengan bulan Syawal dan sempena menyambut hari lahir pengawas yang terlibat, maka program seumpama ini wajar diteruskan pada tahun hadapan bagi memberi peluang para pengawas mengurus dan mentadbir sesuatu acara. Pengalaman mengurus acara sebegini akan mematangkan pengawas dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP