Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Manfaat Minggu Pendidikan Islam

Tarikh: 16 - 20 Jun 2013
Tempat: SMK Paka
Tema: Cakna Syariat
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam, Unit Ko Kurikulum, Unit Penghayatan Islam dan PIBG

Objektif:
  1. Melahirkan pelajar yang berpegang teguh dengan syariat Islam
  2. Membentuk akhlak terpuji di kalangan pelajar
  3. Melahirkan pelajar cakna syariat
Aktiviti:
  1. Praktikal Haji
  2. Kembara Al-Fatihah
  3. Ekspedisi Solat
  4. Amali sembelihan
  5. Ceramah Kewanitaan
  6. Klinik Jawi
  7. Debat Syariah




KITA PERTAHAN JOHAN KAWAD KAKI DAERAH

SMK Paka muncul juara keseluruhan apabila menang 4 daripada 6 kategori dalam 
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Dungun.

KEPUTUSAN PENUH

KRS PUTERA    1. SMK PAKA  2. SMK SERI PAKA
KRS PUTERI   1. SMK PAKA   2. SMK SERI PAKA
NGO LELAKI   1. PENGAKAP SMKKAKA
NGO PEREMPUAN   1. PPIM SMK KAKA
GO LELAKI   1. KADET BOMBA SMK PAKA
GO PEREMPUAN   1. KADET POLIS SMK PAKA



Pertandingan Bicara Berirama dan Choral Speaking Sekolah Menengah Daerah Dungun 2013

Tarikh: 21 Mei 2013
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka


Aturcara:

10.00 pagi      - Pendaftaran / Undian persembahan
                         Taklimat Hakim

10.30 pagi      - Pertandingan Choral Speaking
                      - Suaipentas Bicara Berirama
                      - Pertandingan Bicara Berirama
                      - Penyampaian Hadiah dan Sijil
                      - Bersurai

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


 
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Pesan cikgu sebelum menduduki peperiksaan


KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

Kategori GO
Johan
KRS PEREMPUAN

Naib Johan
KADET POLIS PEREMPUAN

Ke-3
KADET BOMBA LELAKI

Ke-4
KRS LELAKI


Kategori NGO
Johan
PANDU DAN RENJER PUTERI

Naib Johan
PENGAKAP PEREMPUAN

Ke-3
PBSM PEREMPUAN

Ke-4
PERSATUAN PUTERI ISLAM






Sukan Hari Guru untuk semua guru SMK Paka

Ayuh kita semarakkan Hari Guru dengan ramai-ramai hadir untuk memberikan sokongan kepada guru-guru yang kita sayangi. Antara permainan yang telah dirancang sebelum bermulanya sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2013 ini ialah:

  1. Badminton Guru Lelaki --- 13 Mei 2013, 2.30 petang, Dewan Seri Gemilang
  2. Bowling Guru Lelaki dan Wanita --- 14 Mei 2013, 2.30 petang, Mesra Mall
  3. Badminton Guru Wanita --- 15 Mei 2013, 2.30 petang, Dewan Seri Gemilang.

Kepada semua guru dan kakitangan SMK Paka, jika berminat dengan permainan di atas bolehlah menghubungi AJK Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka.

Siapa lagi yang hendak kita sokong jika bukan guru kita! SELAMAT HARI GURU

Misi mencari Lee Chong Wei

JADUAL PERLAWANAN
KEJOHANAN BADMINTON SMK PAKA TAHUN 2013




 7 Mei 2013 (Selasa)   ----- Kategori Lelaki A (Ting. 1 dan 2)

8 Mei 2013 (Rabu) 
 Kategori Lelaki B (Ting. 3 dan 4)
Kategori Perempuan A (Ting. 1 dan 2)
Kategori Perempuan B (Ting. 3 dan 4)

Semua masa perlawanan bermula jam 2.00 petang
Peserta kejohanan perlu membawa raket sendiri.


Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP