Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Misi mencari Lee Chong Wei

JADUAL PERLAWANAN
KEJOHANAN BADMINTON SMK PAKA TAHUN 2013




 7 Mei 2013 (Selasa)   ----- Kategori Lelaki A (Ting. 1 dan 2)

8 Mei 2013 (Rabu) 
 Kategori Lelaki B (Ting. 3 dan 4)
Kategori Perempuan A (Ting. 1 dan 2)
Kategori Perempuan B (Ting. 3 dan 4)

Semua masa perlawanan bermula jam 2.00 petang
Peserta kejohanan perlu membawa raket sendiri.


Mendidik pelajar mencegah kebakaran

PROGRAM CSR-PENCEGAHAN KEBAKARAN ANJURAN CEFS RESPONSE PAKA

Tarikh
23 April 2013

Tempat
Dewan Seri Gemilang dan Dataran Perhimpunan

Aturcara
Ucapan Aluan Tuan Pengetua
Ucapan Perasmian oleh Tuan Nordisham Bin Tuan Hussein
oleh Timbalan Ketua CEFS Response
Penyampaian cenderahati
Demonstrasi Memadam Api
Jamuan


Belajar Mencintai Matematik

Minggu Matematik menarik penyertaan semua pelajar SMK Paka

Tarikh:  14 April hingga 18 April 2013
Tempat: Dewan Seri Gemilang
Aktiviti :
  • Majlis Perasmian
  • Bengkel Teknik Menjawab PMR dan SPM
  • Pertandingan Meja Bertema
  • Jelajah Matematik
  • Pertandingan Kilat Sifir dan Silang Kata
  • Majlis Perasmian Penutup





Kami Johan Negeri Bola Tampar P18 MSS Terengganu 2013

Tahniah diucapkan kepada lima orang pelajar yang membawa bendera SMK Paka mewakili Daerah Dungun ke Pertandingan Bola Tampar Perempuan Bawah 18 tahun MSS Terengganu.
Hasilnya, berkat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan pasukan Daerah Dungun telah muncul johan di dalam pertandingan tersebut.
Kami warga SMK Paka mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar berikut:


Nor Syamimi Alyaa Bt Shahyudin (5D)
Siti Badariah  Bt  Roslan (5AA)
Nur Najwa Syuhada Bt Che Abdul Talib (4A)
 Aida Alya Binti Jafri (2KRK3)
Nor Fasiha Binti M. Suhkri  (2KRK1)

 

Imbasan gambar Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon

Tarikh: 2 April 2013
Tempat: Dewan Seri Gemilang, Surau al-Hidayah dan Bilik Mesyuarat





Imbasan gambar Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas PSS dan PRS

Tarikh: 7 Mac 2013
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka





Gotong Royong Mengecat Bangunan dengan Kerjasama PETRONAS

Tarikh: 28 Mac 2013
Masa: 8 pagi -2 petang
Tempat: Bangunan Blok A (Pejabat dan Bilik ERT)






Kembara Ke Pulau Redang berjaya

Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya dan Kadet Polis
 mengharungi cabaran gelora laut di Pulau Redang

Nama Program:  Kembara Muda Kepimpinan Pelajar SMK Paka
Tarikh:  4 - 6 April 2013
Tempat:  Pulau Redang
Jumlah peserta:  80 orang





SMK Paka melahirkan 2 orang pelajar 'Straight A' SPM 2012

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Nur Balkhish Bt Jamal Abdul Nasir dan Hoo Rwi Chyi kerana memperoleh 'Straight A' di dalam peperiksaan SPM 2012. Kejayaan ini telah membuktikan yang SMK Paka bukan sahaja cemerlang di dalam ko-kurikulum malah bidang akademik juga. Berikut disenaraikan pelajar terbaik SPM 2012:
  1. NUR BALKHISH BT JAMAL ABDUL NASSER     5A+  3A  1A-
  2. HOO RWI CHYI     2A+  4A  4A-
  3. ONG JIE SHI     3A+  2A  3A-  2B+
  4. AHMAD IMRAN BIN KHAIRUNNAZARULLAH     2A+  1A  3A-  1B+  1B  1C+
  5. NOOR EMALIA BT RAMLI     3A  3A-  1B+  2B  1C+
  6. AMIRATUL ALIA BT MOHAMAD ZIN     1A+  1A  4A-  1B+  1C+  1D
  7. MOHD AFIQ FIRDAUS BIN RAZALI     3A  2A-  2B+  2B
  8. MUHAMMAD AZROL BIN ABD AZIZ     2A+  2A  1A-  2B+  2D
  9. AMIRAH HANUM BT MOHAMAD YUSRI     1A+  2A  2A-  1B+  1C+  2D
  10. ANIS BT AWI     3A  2A-  1C+  3D
Tahniah!

Kita Johan Daerah Kejohanan Bola Tampar MSS Dungun 2013

Tarikh pertandingan: 7, 8 dan 9 Mac 2013

Kecemerlangan diteruskan. SMK Paka mencatat sejarah tersendiri apabila muncul buat kali pertama apabila pasukan bola tampar perempuan muncul Johan dalam pertandingan Bola Tampar MSS Dungun di Gelanggang SMK Ketengah Jaya baru-baru ini.
      Pasukan SMK Paka telah menewaskan SM Sains pada perlawanan peringkat akhir yang berkesudahan 'straight set'. Kejayaan ini hasil usaha gigih pemain, guru dan lebih teristimewa kepada jurulatih 'Sir Roselim' yang tidak pernah jemu mendidik pemain. Tahniah diucapkan.




Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP