Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

10 Kelebihan Kesihatan di Bulan Ramadhan

kelebihan-puasa-ramadhan


Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
  1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
  2. Inginkan kurangkan berat badan pada bulan puasa? Dapatkan eBook Panduan Ramadhan saya.

  3. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
  4. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
  5. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
  6. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
  7. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
  8. …Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk…
  9. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
  10. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.
  11. …Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan…
  12. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
  13. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
Selamat menunaikan ibadat puasa semua.

Dipetik daripada blog  http://kevinzahri.com/blog/ . 
Terima kasih.

SMK Paka tuan rumah Kem Tutorial Daerah PMR

Tarikh: 17 hingga 19 Julai 2012
Masa: 8 pagi hingga 4 petang
Tempat: MyCyber dan Bilik Seri Menanti
Pelajar terlibat: Pelajar sekolah SMK Seri Paka dan SMK Paka




Mencari Cinta Allah di Fajar Ramadhan

Tarikh: 17 Julai 2012
Masa: 11 pagi hingga 3.00 petang
Penceramah: Ustaz Mizan
Tempat: Dewan Seri Gemilang
Objektif:
* Memberi pendedahan kepada keperluan hidup beragama
* Menimbulkan rasa kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri.
* Meningkatkan kualiti diri dengan kemantapan akidah dan hidup bertuhan




Pelajar SMK Paka belajar cara menguruskan jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (Teori dan Amali)

Tarikh: 16 Julai 2012
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka




Penceramah Luar dijemput

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATAPELAJARAN SPM

Tarikh: 10, 11 dan 12 Julai 2012
Tempat: Dewan Seri Gemilang SMK Paka
Sasaran: Semua calon SPM 2012
Objektif: Mendedahkan tips-tips menjawab soalan SPM dan latih tubi soalan berbentuk peperiksaan.





Semakan Keputusan Permohonan IPTA Sesi 2012/ 2013

 Semakan keputusan upu 2012


Semakan Keputusan Permohonan IPTA Sesi 2012/ 2013. Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin mengetahui tarikh keputusan semakan Permohonan UPU, berikut adalah maklumat mengenai keputusan permohonan IPTA yang anda telah mohon.


Semakan UPU LEPASAN STPM 2012
Untuk pengetahuan anda, semakan sudah dibuka mulai 13 Julai 2012. Untuk membuat semakan keputusan IPTA, sila layari laman Rasmi Kemasukan UPU

Semakan UPU – Lepasan SPM
Semakan Temuduga IPTA (untuk kursus yang ada temuduga sahaja)
11 April 2012 : 
UTM, UiTM dan UPSI
12 April 2012 : UPNM
Temuduga :12 – 24 Apr 2012
Keputusan Permohonan UPU : 7 Mei 2012 . 
Semakan boleh dibuat di laman SEMAKAN KEMASUKAN IPTA 2012.

Keputusan UPU boleh disemak mulai 7 mei 2012 ini. Semakan boleh dibuat dalam dua cara iaitu secara online dan juga melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Berikut adalah cara bagaimana untuk membuat semakan keputusan UPU: Semakan Secara Online (boleh gunakan salah satu daripada link di bawah)

Cara Buat Semakan UPU 2012 Online
Semakan Keputusan melalui Laman UPU MOHE
Semakan Keputusan melalui Laman UTM
Semakan Keputusan melalui Laman UUM

Semakan Secara SMS
Taip: UPURESULT NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan kepada 15888
Penerimaan Tawaran – 7 Mei 2012
Rayuan Ditutup- Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru
- Asasi : 
27 Mei 2012
- Diploma:
3 Jun 2012


Keputusan Rayuan: Jun 2012 (Tarikh akan dikemaskini)

Sumber: Semakan Keputusan Permohonan IPTA Sesi 2012/ 2013 | melvister.com

Dari hati ke hati soal pelajaran

Majlis Temu Murni Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

Tarikh: 4 Julai 2012
Tempat: SMK Paka
Aturcara: Ucapan YDP PIBG SMK Paka
               Ucapan Tuan Pengetua
               Majlis Temu Murni dengan guru kelas





Video Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia SMK Paka 2012

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP