Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 | e-GTukar Jun 2012

Makluman kepada guru-guru yang berhasrat ingin membuat pertukaran antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP Time Based), DG 41, DG 44 (KUP Time Based) dan DG 48 (KUP Time Based).

Permohonan pertukaran akan dibuka mulai 1 April hingga 30 April 2012.

 Sila klik e-GTukar

Keputusan permohonan pertukaran guru sesi Jun 2012 akan dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah pula boleh disemak pada 26 Mei 2012.

Permohonan Program Perguruan Malaysia KPM Dibuka Sekarang

Makluman kepada lulusan SPM yang berminat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan Jun 2012.
 Permohonan dibuka mulai 22 Mac 2012 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2012.

Maklumat lanjut tentang program tersebut sila layari di Aplikasi Permohonan Program Perguruan Malaysia.

Motivasi khas daripada Dr. Fakhrul Razi menyentuh emosi dan jiwa

Tarikh:25 Mac 2012
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Sasaran: Pelajar Tingkatan 3 5 dan 6 Atas
Penceramah: Dr. Fakhrul Razi Hanafiah, Mutiara Consultant



Video klip Imbasan Aktiviti PIBG SMK Paka 2011

Kita tewaskan SMK Sultan Omar

 PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH DUNGUN 2012

Tarikh: 19 Mac 2012
Tempat: Dewan Seri Gemilang SMK Paka
Tajuk: Keluarga Penyumbang Utama Melahirkan Remaja Cemerlang

SMK Paka ------------- Kerajaan
SMK Sultan Omar ------ Pembangkang



Dengan kemenangan ini, Pasukan Bahas SMK Paka layak ke pusingan suku akhir menentang SMA Sultan Ismail Dungun. Namun, pasukan kita terpaksa akur dengan kehebatan pembahas dari SMASID yang menunjukkan persembahan cemerlang sehingga pasukan kita tewas di pusingan tersebut.

Apa-apapun, kita sudah menunjukkan persembahan terpuji dan warga sekolah mengucapkan 
TAHNIAH 
di atas komitmen dan sumbangan yang diberikan.

Motivasi Pengetua Kepada Calon PMR

TARIKH: 19 MAC 2012
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SMK PAKA

Semoga calon PMR lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan 
meningkatkan prestasi sekolah.

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

Sukacita bersama-sama ini dilampirkan artikel tentang Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk rujukan kepada calon-calon STPM.


Muat turun
SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2012

Tahun 2012 merupakan tahun Ke-11 Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia.
Sambutan orang ramai terhadap program pertandingan ini amat menggalakkan berdasarkan kepada peningkatan jumlah penyertaan pada setiap tahun. Pada tahun 2011, FOMCA sekali lagi mencatatkan kejayaan dengan memperoleh 94,998 jumlah penyertaan secara keseluruhannya.
Penyertaan yang diterima daripada pertandingan yang diadakan pada setiap tahun itu, terutamanya pertandingan menulis esei, akan dianalisis dan dibuat rumusan. Input yang diperolehi daripada pertandingan ini amat penting kerana ia mencerminkan pendapat pengguna di Malaysia. Pandangan dan cadangan yang diutarakan itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh FOMCA, khususnya dalam usaha untuk melobi agensi kerajaan dalam menyediakan kerangka perlindungan kepenggunaan yang lebih baik di negara ini.
Pada tahun ini, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM200,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 10 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
  • Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  • Pertandingan Blog Kepenggunaan
  • Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
  • Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  • Pertandingan Video Montaj
  • Pertandingan ‘Speak Up’
  • Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  • Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah
Selain itu, pelbagai aktiviti promosi juga akan diadakan bagi menggalakkan penyertaan pertandingan.
  • Ceramah Kepenggunaan di sekolah dan IPTA/S
  • Pertandingan Mewarna di sekolah rendah
  • Pertandingan Mewarna di Pasar raya Giant
  • Pertandingan Mewarna di Komuniti
Acara kemuncak bagi program pertandingan kepenggunaan ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2012 yang akan diadakan di tempat yang akan ditentukan kelak. Sila layari www.mypengguna.com untuk keterangan lanjut. Pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan pada hari tersebut seperti Pertandingan Mewarna Akhir Kanak-Kanak, gerai pameran, demonstrasi dan sebagainya.
Pada tahun ini, Pertandingan Kepenggunaan turut mendapat sokongan daripada Jabatan Standard Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak korporat yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan oleh FOMCA. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai. Untuk sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini, sila layari www. mypengguna.com.

Dipetik dari laman web www. mypengguna.com

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP