Sebelum ini,
kad pelaporan latihan (kad biru) digunakan bagi mencatatkan segala butiran kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru, tetapi kini penggunaan eSPLG telah mula digunapakai ke
semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. (Sila baca
Surat Perluasan SPLG ke semua PPD dan sekolah bertarikh
29 September 2011). Untuk makluman semua, projek rintis eSPLG telah dimulakan di 3 buah negeri iaitu
Johor,
Melaka dan
Negeri Sembilan.
Pengenalan eSPLG
Sistem SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011.
Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien. Tarikh pengemaskinian hendaklah dilaksanakan sebelum/pada 30 November 2011 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.
Terdapat 2 bahagian penting di dalam eSPLG :
1. Modul Kumpulan
Diuruskan oleh Setiausaha/Penyelaras LADAP sekolah bagi memasukkan semua kursus/latihan yang telah dijalankan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011.
2. Modul Individu
Semua Guru dan Staf yang telah didaftarkan boleh mengakses modul tersebut bagi tujuan Daftar 'Book Review' dan Kehadiran Kursus Luar (KKL).
Pada masa kini modul
i_splg (Modul Individu) ditutup sementara waktu. Namun begitu data dan maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL)/ Book Review (BR) guru-guru boleh di masukkan menerusi
Login Penyelaras Sekolah.
Untuk mengetahui bagaimana
Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) menerusi
Login Penyelaras Sekolah, sila click link di bawah :
eSPLG : Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR)
Artikel ini dipetik dari
http://www.ciklaili.com/ . Terima Kasih Cikgu Laili ;-)