Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Baris... baris sedia

Keputusan Penuh 
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMK Paka
Tahun 2011

Tarikh: 13 April 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran KEJAT SMK Paka

KATEGORI PASUKAN GO
Johan : Pasukan Kadet Polis Perempuan
Naib Johan : Pasukan Kadet Remaja Sekolah Perempuan
Tempat ke-3 : Pasukan Kadet Bomba Lelaki
Saguhati : Pasukan Kadet Bomba Perempuan
               Pasukan Kadet Polis Lelaki
               Pasukan Kadet Remaja Sekolah Lelaki

KATEGORI NGO
Johan : Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Naib Johan : Pasukan Renjer & Pandu Puteri
Tempat ke-3 : Pasukan Pengakap Perempuan
Saguhati : Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia Perempuan
               Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia Lelaki
               Pasukan Pengakap Lelaki

KETUA PLATUN TERBAIK KATEGORI GO - Pasukan Kadet Polis Lelaki
KETUA PLATUN TERBAIK KATEGORI NGO - Pasukan Pengakap Perempuan





*** Saksikan video eksklusif Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMK Paka pada entry yang akan datang... Tunggu ye!

Imbasan Gambar Solat Hajat Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM Siri 1

Tarikh: 7 April 2011
Hari: Khamis
Tempat: Surau al-Hidayah, SMK Paka
Pelajar dan ibu bapa mengesahkan kehadiran di meja pendaftaran
Kelihatan tuan pengetua turut hadir di dalam majlis yang dianjurkan
Para jemputan dan pelajar bersiap sedia untuk solat
Jemaah tekun mendengar tazkirah pendek yang disampaikan oleh tuan pengetua
Para ibu bapa bersalaman selepas selesai acara
Ayahanda PIBG bersama ibu bapa menjamah juadah yang disediakan

Tinjauan Undian: Johan Kawad Kaki Peringkat Sekolah

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2011
Sekadar gambar hiasan





Pasukan Elit Kadet Polis SMK Paka Johan Kawad Kaki

Pasukan Kadet Polis (Perempuan) SMK Paka telah menunjukkan kehebatan di Padang SMK Sultan Omar apabila telah menjadi Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki antara Sekolah Peringkat Daerah Dungun sempena Hari Polis yang ke 41.
Dalam pertandingan yang sama, pasukan kadet polis (Lelaki) SMK Paka telah mendapat tempat ke tiga. Kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan daripada para kadet, guru penasihat dan terutama sekali pegawai-pegawai polis daripada Balai Polis Paka. Pihak sekolah merakamkan sekalung ucapan tahniah daripada semua yang terlibat. Dengan kemenangan ini, kita telah meletakkan SMK Paka ke satu tahap yang disegani oleh pasukan sekolah lain dalam acara kawad kaki. Syabas!




Doa Mudah Menghadapi Peperiksaan

Kepada pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Ujian OTI 1 (PMR) 2011



SEMOGA BERJAYA

Umairah Afifah harumkan nama SMK Paka

Umairah Afifah binti Rosman dari Tingkatan 3 KRK 3 telah menjadi juara kejohanan badminton peringkat negeri dalam acara beregu di Dewan Dato Amar, Kemaman. Umairah juga sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila merangkul tempat ke 3 dalam acara perseorangan badminton.


Kejayaan ini telah membuktikan SMK Paka sentiasa berada di landasan yang betul dalam melahirkan jaguh sukan. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melahirkan seorang ratu badminton suatu hari nanti.


Peraduan Menulis Artikel Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2011

Kepada,
Semua guru SMK Paka


Untuk makluman semua guru / pengunjung, peraduan ini terbuka kepada semua Pegawai Pendidikan di Jabatan Pelajaran Negeri, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),  Pejabat Nazir Negeri Terengganu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta guru sekolah Rendah / Menengah dan guru sekolah Agama Negeri Terengganu. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan, sila klik lampiran berikut:


JOM MENULIS!

Pasukan Bahas Bahasa Melayu SMK Paka

Pembahas SMK Paka
  1. Nurul Nalsuha Bt Abd Nasir
  2. Khadijah Nadiah Bt Abd Rahman
  3. Nur Rabiatul Adawiyah Bt Sazali
  4. Nor Baiti Bt Mahat
  5. Siti Nadhirah Bt Mahadzir
  6. Nurul Faizura Bt Yusof

Pasukan pembahas bersama penyokong setia yang mengiringi sebelum pertandingan bermula
Suasana ketika pertandingan bahas berlangsung

Program LADAP 1 membantu guru membuat kajian tindakan

Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Paka sesi 1
Tajuk: Peningkatan Profesionalisme Guru : Kajian Tindakan
Tarikh: 26 Mac 2011
Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Paka
Penceramah: Tuan Haji Nadhir Bin Ismail

Tuan penceramah menyampaikan input kepada guru-guru SMK Paka
Ahli kumpulan bersemangat menyiapkan tugasan yang diberi
Perbincangan proposal kajian tindakan demi kecemerlangan SMK Paka

Blog Makmal Cyber dilancarkan

Glitter Words

Glitter Photos
Blog Makmal Cyber SMK Paka memaparkan aktiviti dan program semasa berkaitan Makmal Komputer. Jom sertainya...
Berminat??? 
Sila Layari 

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP