Kejohanan Bola Sepak (B 15) MSS Dungun Peringkat Zon Paka
Tarikh:
21 dan 22 Mac 2011
Tempat:
Padang SMK Seri Rasau
 |
| Jersi perlawanan akhir menentang SMK Seri Paka |
Pasukan Bola Sepak Bawah 15 tahun SMK Paka telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan berjuang habis-habisan walaupun mengalami kekalahan tipis dengan SMK Seri Paka pada perlawanan akhir kejohanan tersebut.
Pasukan SMK Paka menjadi naib johan kejohanan peringkat zon Paka seterusnya melayakkan diri ke peringkat daerah yang dijangka berlangsung pada 4 April 2011 nanti.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan penyokong tegar SMK Paka. Anda semua memang terbaik...
 |
| Coach tidak putus-putus memberi kata-kata peransang kepada para pemain |
 |
| Antara penyokong yang hadir walaupun hujan. Terima kasih.. |
 |
| Sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan SMK Paka |
Ucapan setinggi tahniah kepada pasukan bahas SMK Paka kerana telah memenangi pertandingan bahas Bahasa Melayu ala parlimen peringkat daerah Dungun yang berlangsung pada 21 Mac 2011.
Kemenangan ke atas pasukan SMK Ketengah Jaya itu telah melayakkan pasukan SMK Paka ke suku akhir pertandingan tersebut. Lawan yang bakal menanti di peringkat suku akhir ialah daripada SMA Sultan Ismail Dungun. Pertandingan dijangka berlangsung pada 22 Mac 2011 di SMA Sultan Ismail Dungun. Warga SMK Paka mengharapkan pasukan bahas kita melangkah lebih jauh.
Ayuh! Teruskan rentak kemenanganmu...
Bagi calon yang berminat untuk mengikuti program di IPTA dan berminat mengikuti kursus di Institut Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), permohonan kemasukan ke IPTA / TEVT & ILKA bagi lepasan SPM/Setaraf Ambilan Julai 2011 telahpun dibuka mulai
10 Januari 2011 hingga
4 April 2011.
Calon boleh mendapatkan
maklumat penting, membuat permohonan, semakan dan
kemaskini melalui link di bawah (boleh terus click pada gambar Jom Masuk U atau teks) :
Sumber : http://ciklaili.blogspot.com
Panduan Gred Pemarkahan bgi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai rujukan guru-guru, ibu bapa dan pelajar :
| Gred | Markah | Status |
A
| 80 - 100 | Cemerlang |
B
| 65 - 79 | Kepujian |
C
| 50 - 64 | Baik |
D
| 40 - 49 | Lulus |
E
| 0 - 39 | Gagal |
| Gred | Markah | Status |
A+
| 90 - 100 | Cemerlang Tertinggi |
A
| 80 - 89 | Cemerlang Tinggi |
A-
| 70 - 79 | Cemerlang |
B+
| 65 - 65 | Kepujian Tertinggi |
B
| 60 - 64 | Kepujian Tinggi |
C+
| 55 - 59 | Kepujian |
C
| 50 - 54 | Kepujian |
D
| 45 - 49 | Lulus |
E
| 40 - 44 | Lulus |
G
| 0 - 39 | Gagal |
Sumber:
http://ciklaili.blogspot.com/
Keputusan Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diumumkan
Rabu (23 Mac 2011) depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut bermula pukul 10 pagi.
Sumber: Utusan Malaysia 18 Mac 2011
Bagi pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bagi mereka yang ingin menduduki semula SPM Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU), pendaftaran bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telahpun dibuka bermula pada 1 hingga 31 Mac 2011.
Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di
www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Sumber:
http://ciklaili.blogspot.com/
Jom sertai kami...
Pertandingan anjuran
Makmal Komputer, PSS SMK Paka dan terbuka kepada semua pelajar SMK Paka
**** Karya adalah asli
**** Setiap logo adalah menarik dan memberi makna
**** Hadiah lumayan menanti semua pemenang.
e-mailkan karya anda kepada
sheedahsalleh@gmail.com
sebelum atau pada
1 April 2011
Latihan kawad kaki giat dijalankan sepanjang Februari dan Mac 2011 sebagai persediaan ke Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform peringkat sekolah. Latihan mula dijalankan pada seawal pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 6 petang setiap hari. Setiap unit beruniform menunjukkan sokongan dan semangat yang padu dalam memastikan unit beruniform yang diwakilinya akan menjadi juara pertandingan tersebut.
Ayuh, putera puteri SMK Paka, tunjukkan kehebatanmu kepada dunia...
 |
| Pasukan Kadet Polis mencuba formasi yang ditunjukkan oleh Pegawai Polis |
 |
| Disiplin menjadi keutamaan ketika dalam kawad |
 |
| Lelaki atau perempuan tidak berkecuali dalam aktiviti kawad kaki |