-
PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015
Walaupun x ramai yg menyumbangkan tenaga utk perkhemahan tahun ini tp
alhamdulilah seramai 3...
Minggu Matematik 2013
-
Alhamdulillah Minggu Matematik telah berjaya dilaksanakan....
Ahad, 14 April 2013 Perasmian telah dijalankan semasa perhimpunan pagi
Isnin, 15 April 2013 B...
Motivasi Luntur Tanpa Ada Usaha
-
Sebab paling utama *motivasi* Anda luntur adalah kerana tidak ada tindakan
menuju matlamat Anda. Motivasi akan muncul apabila Anda ada tindakan, ada
usaha,...
APRIL 2011
-
april datang lagi...
Alhamdulillah....kami masih lagi berada dalam suasana ceria,
gembira...sibuk walaupun kadang2 tu saja2 buat sibuk...
Minggu ni kami da...
Bagi calon yang berminat untuk mengikuti program di IPTA dan berminat mengikuti kursus di Institut Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), permohonan kemasukan ke IPTA / TEVT & ILKA bagi lepasan SPM/Setaraf Ambilan Julai 2011 telahpun dibuka mulai 10 Januari 2011 hingga 4 April 2011.
Calon boleh mendapatkan maklumat penting, membuat permohonan, semakan dan kemaskini melalui link di bawah (boleh terus click pada gambar Jom Masuk U atau teks) :
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diumumkan Rabu (23 Mac 2011) depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut bermula pukul 10 pagi. Sumber: Utusan Malaysia 18 Mac 2011
Bagi pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bagi mereka yang ingin menduduki semula SPM Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU), pendaftaran bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telahpun dibuka bermula pada 1 hingga 31 Mac 2011.
Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Pertandingan anjuran Makmal Komputer, PSS SMK Paka dan terbuka kepada semua pelajar SMK Paka
**** Karya adalah asli
**** Setiap logo adalah menarik dan memberi makna
**** Hadiah lumayan menanti semua pemenang.
e-mailkan karya anda kepada sheedahsalleh@gmail.com
sebelum atau pada 1 April 2011
Latihan kawad kaki giat dijalankan sepanjang Februari dan Mac 2011 sebagai persediaan ke Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform peringkat sekolah. Latihan mula dijalankan pada seawal pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 6 petang setiap hari. Setiap unit beruniform menunjukkan sokongan dan semangat yang padu dalam memastikan unit beruniform yang diwakilinya akan menjadi juara pertandingan tersebut. Ayuh, putera puteri SMK Paka, tunjukkan kehebatanmu kepada dunia...
Pasukan Kadet Polis mencuba formasi yang ditunjukkan oleh Pegawai Polis
Disiplin menjadi keutamaan ketika dalam kawad
Lelaki atau perempuan tidak berkecuali dalam aktiviti kawad kaki
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.