Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

PIBG SMK Paka selesai bermesyuarat

Tarikh: 9 Mac 2011
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Perasmian oleh: YB. Hj Zakaria @ Mohd Ariffin bin Abdullah
                        (ADUN Kawasan Paka)

Mari kita lihat imbasan sekitar program...




Borang Pencalonan Anugerah Pemimpin ICT dan Tokoh NILAM Guru

Terbuka kepada semua guru SMK Paka

Sila dapatkan borang pencalonan Anugerah Pemimpin ICT 2011 dan Tokoh NILAM Guru pada pautan berikut : 


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi En. Kamal Mizan bin Ismail @ Abdullah

Album Kenangan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Paka

Tarikh: 6 hingga 8 Mac 2011
Tempat: Marang Village, Terengganu







SEMANGAT: Ketika menyanyikan lagu 'Negaraku'
TEKUN: Para pengawas mendengar ucapan perasmian oleh Tuan Pen. Pengarah APMT
Antara tetamu VIP yang hadir
PENGHARGAAN: Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Penolong Pengarah APMT

JUARA MILIK KITA LAGI


Atlit Olahraga SMK Paka telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga MSS Dungun Kali ke 42 Tahun 2011 di Padang SMK Sultan Omar, Dungun. 
SMK Paka telah memperolehi 20 pingat emas, 12 pingat perak dan 6 pingat gangsa sekaligus mengalahkan pesaing terdekat SMK Sains yang mengutip 16 emas, 10 perak dan 6 gangsa. Kejayaan yang dicapai hasil daripada semangat juang yang tinggi daripada atlit bertanding serta sokongan yang padu daripada semua warga SMK Paka dan ibu bapa / penjaga.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atlit bertanding dan kejayaan ini pastinya meletakkan SMK Paka sebagai sekolah yang cemerlang dalam bidang sukan.
'EXCELLENCE FOR ALL'



Glitter Photos




*Gambar sepanjang kejohanan sila layari Facebook SMK Paka

2 orang pelajar SMK Paka Wakili Terengganu Ke Sarawak

Pelajar SMK Paka meneruskan kecemerlangan apabila 2 orang pelajar telah terpilih mewakili negeri Terengganu dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM 2011 di Kuching, Sarawak pada 4 Mac 2011. Warga SMK Paka melahirkan kesyukuran di atas kejayaan ini seterusnya mendoakan agar mereka terus mencipta kecemerlangan. Tahniah diucapkan kepada pelajar ini.

WAN MARZUKI BIN WAN MOHAMMAD
AHMAD BIN ABDULLAH

Kewujudan blog yang ditunggu-tunggu

"Alam ini kompleks,namun cukup ringkas untuk dinikmati oleh sepasang mata yang kecil. Alam ini penuh dengan keajaiban dan keindahan. Kehebatan alam semulajadi yang kita sama nikmati ini tak mungkin terjadi secara kebetulan."

Teks di atas adalah sedutan daripada blog yang baru diwujudkan oleh Ustaz Muhd Zuraihi Bin Razali iaitu berkaitan dengan penghayatan Islam. Semoga dengan kewujudan blog ini dapat sama-sama warga SMK Paka dan pengunjung amnya serta pelajar SMK Paka khususnya mengambil maklumat dan pelajaran yang berguna dalam memandu ke arah kecemerlangan hidup. Teruskanlah mengikuti penulisan beliau hanya di



Menarik entri terbaru blog ustaz:



Emas Pembuka Tirai Kejohanan Milik SMK Paka

Emas pertama Kejohanan Olahraga MSS Dungun kali ke 42 telah menjadi milik atlit SMK Paka dalam acara 3 km jalan kaki. Kejayaan ini lebih manis apabila pingat perak dalam acara sama juga telah dimenangi oleh atlit kita.  Atlit yang memenangi emas tidak lain dan tidak bukan ialah
NURUL SYUHADA BT HASHIM (Emas)
&
NOOR HASMAH ASYIKIN BT AWANG (Perak)

Atlit SMK Paka bersemangat menyertai perbarisan

Amanah diberi Tanggungjawab Digalas


Tarikh: 23 Februari 2011 (Rabu)
Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK Paka
Perasmian oleh: En. Idris bin Bidin, Penolong Pegawai Daerah Dungun
Penyampaian watikah oleh: En. Nize bin Muhammad, Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber, BTPNT
                                          C/Insp Idrus bin Darus dari Balai Polis Daerah Dungun
Aturcara program:
- Nyanyian Negaraku
- Bacaan doa
- Ucapan Aluan Tuan Pengetua
- Video imbasan aktiviti Pengawas dan Pengawas PSS
- Ucapan Perasmian Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
- Penyampaian Watikah
- Video ucapan Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas PSS
- Sesi Bergambar
Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paka
Pengawas Sekolah SMK Paka
* Lagi gambar dan berita penuh, layari laman Pusat Sumber Sekolah SMK Paka

Undian prestasi atlit SMK Paka di Kejohanan Olahraga MSS Dungun 2011




Obor semangat dinyalakan

Penyerahan Bendera Kejohanan Kepada Ketua Olahraga SMK Paka

Tarikh: 27 Februari 2011
Hari: Ahad
Tempat: Dewan Seri Gemilang SMK Paka

Penyerahan bendera kejohanan kepada ketua kontinjen telah dilakukan dalam acara perhimpunan rasmi sebagai simbolik agar atlit-atlit yang bertanding akan berjuang dengan semangat yang tinggi di Kejohanan Merentas Desa MSS Dungun pada 28 Februari 2011 di SMK Sultan Omar, Dungun. Ayuh! Warga SMK Paka, sama-sama kita memeriahkan dengan memberi sokongan kepada sekolah kesayangan kita dalam kejohanan ini. 





Excellence For All

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP