Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Pelajar SMK Paka menerima sumbangan Majalah CEMPAKA

Tarikh: 6 Januari 2011
Tempat: Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pemberian Majalah CEMPAKA edisi ke 3 (2010) kepada pelajar telah disumbangkan oleh Unit Kebajikan SMK Paka. En. Arrifin bin Mohammad, Pengetua SMK Paka telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Salah seorang pelajar yang menerima sumbangan tersebut melahirkan kesyukuran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas pemberian tersebut.Gambar berikut merupakan antara penerima majalah CEMPAKA sumbangan Unit Kebajikan SMK Paka



Kecekapan Pendidik Bentuk Generasi Masa Depan

Utusan Malaysia Online

KEMASKINI DATA DENGAN EMISONLINE

Makluman kepada semua guru SMK Paka,
Anda diminta untuk menyemak kembali data peribadi anda dengan melayari laman portal emisonline (Klik pautan di bawah). Jika terdapat sebarang kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan, sila betulkan ke dalam borang Maklumat Asas Guru. Borang Maklumat Asas Guru perlu diberikan kepada Puan Mas Ayu Ros Aida Bt Haron sebelum 12 Januari 2011 (Rabu)

EMIS ONLINE (Sila klik)

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011


TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011
UPSR
Ujian Bertulis 13 - 15 September 2011 (3 hari)
PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011 (5 hari)
11 - 12 Oktober 2011

SPM
Amali

Ujian Bertulis


14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis


20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011
STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan

Ujian Bertulis
15 -17 Jun  2011 (3 hari)

13- 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)


* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

*Sumber: Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Suaikenal Tingkatan 1 dan 4

Tarikh: 3 dan 4 Januari 2011
Tempat: Dewan Seri Gemilang (Tingkatan 1)
             Dewan Sei Cempaka (Tingkatan 4)
Anjuran: Unit Bimbingan Kaunseling, SMK Paka

Pelajar Cemerlang PMR Harumkan Nama SMK Paka

Keratan Akhabar Berita Harian 6 Januari 2011 (Sila klik gambar untuk besarkan)

Seramai 13 orang pelajar cemerlang yang mendapat semua A dalam PMR 2010 baru-baru ini telah mengharumkan nama sekolah apabila nama mereka terpampang di dada-dada akhbar utama negara bertarikh 6 Januari 2011.

Pihak sekolah berasa bersyukur di atas kejayaan ini dan amat berharap agar pelajar lain meneruskan kesinambungan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar cemerlang tersebut. Dengan slogan 'Excellence For All' yang menjadi pegangan semua warga SMK Paka, tidak mustahil kejayaan yang diharapkan pasti menjadi kenyataan. Ayuh kita buktikan...

SEMAK KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2010


Calon-calon MUET Akhir Tahun 2010 boleh menyemak keputusan mulai jam 12.01 tengah malam 6 Januari 2011  melalui SMS dengan menaip MUET No. K/P dan hantar ke 36363  atau 15888. Selain itu calon juga boleh menyemak secara on-line di www.mpm.edu.my mulai jam 9.00 pagi 6 Januari 2011
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Selamat Datang

Kami mengalu-alukan pertukaran guru-guru dari sekolah lain  ke SMK Paka. Semoga dengan kehadiran mereka dapat memantapkan lagi pasukan ke arah melestarikan pendidikan terbilang. Guru-guru tersebut adalah:
§1. Wan Normahizan  Wan  Mahmud
§2. Norfauzilah  Rashid
§3. Maznah  Hassan
§4. Kamar Roslina Bt Abdul Rahman
§5. Fauziah  Hanim  Md. Busu

Tahniah dan Selamat Bertugas

Tahniah kepada semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran.
Jasa anda di SMK Paka tetap dikenang.
Pn. Hjh Kartina Bt Mohd Arepen (Sarawak)
Pn. Mariana Bt Abd Ghani (Pahang)
Pn. Susilawati Bt Sidek (Dungun)
Pn. Juliana Bt Ghazali (Kemaman)

Sorotan Aktiviti SMK Paka 2010

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP