Tarikh:
6 Januari 2011
Tempat:
Dewan Seri Cempaka, SMK Paka
Pemberian Majalah CEMPAKA edisi ke 3 (2010) kepada pelajar telah disumbangkan oleh Unit Kebajikan SMK Paka. En. Arrifin bin Mohammad, Pengetua SMK Paka telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Salah seorang pelajar yang menerima sumbangan tersebut melahirkan kesyukuran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas pemberian tersebut.Gambar berikut merupakan antara penerima majalah CEMPAKA sumbangan Unit Kebajikan SMK Paka
Makluman kepada semua guru SMK Paka,
Anda diminta untuk menyemak kembali data peribadi anda dengan melayari laman portal emisonline (Klik pautan di bawah). Jika terdapat sebarang kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan, sila betulkan ke dalam borang Maklumat Asas Guru. Borang Maklumat Asas Guru perlu diberikan kepada Puan Mas Ayu Ros Aida Bt Haron sebelum
12 Januari 2011 (Rabu)
| TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011 |
|
| UPSR |
| Ujian Bertulis | 13 - 15 September 2011 (3 hari) |
|
|
| PMR |
| Ujian Bertulis | 4-6 Oktober 2011 (5 hari)
|
| 11 - 12 Oktober 2011 |
|
|
| SPM |
Amali
Ujian Bertulis |
14 November - 14 Disember 2011 (16 hari) |
STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis |
20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011 |
|
|
| STAM |
| Ujian Lisan | 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011 |
| Ujian Bertulis | 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari) |
SPM (ULANGAN) |
Ujian Lisan
Ujian Bertulis | 15 -17 Jun 2011 (3 hari)
13- 14 Jun 2011 (2 hari) |
|
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari) |
* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346
*Sumber: Laman Web
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh: 3 dan 4 Januari 2011
Tempat: Dewan Seri Gemilang (Tingkatan 1)
Dewan Sei Cempaka (Tingkatan 4)
Anjuran: Unit Bimbingan Kaunseling, SMK Paka
 |
| Keratan Akhabar Berita Harian 6 Januari 2011 (Sila klik gambar untuk besarkan) |
Seramai 13 orang pelajar cemerlang yang mendapat semua A dalam PMR 2010 baru-baru ini telah mengharumkan nama sekolah apabila nama mereka terpampang di dada-dada akhbar utama negara bertarikh 6 Januari 2011.
Pihak sekolah berasa bersyukur di atas kejayaan ini dan amat berharap agar pelajar lain meneruskan kesinambungan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar cemerlang tersebut. Dengan slogan 'Excellence For All' yang menjadi pegangan semua warga SMK Paka, tidak mustahil kejayaan yang diharapkan pasti menjadi kenyataan. Ayuh kita buktikan...
Calon-calon MUET Akhir Tahun 2010 boleh menyemak keputusan mulai jam 12.01 tengah malam 6 Januari 2011 melalui SMS dengan menaip MUET No. K/P dan hantar ke 36363 atau 15888. Selain itu calon juga boleh menyemak secara on-line di www.mpm.edu.my mulai jam 9.00 pagi 6 Januari 2011
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia
Kami mengalu-alukan pertukaran guru-guru dari sekolah lain ke SMK Paka. Semoga dengan kehadiran mereka dapat memantapkan lagi pasukan ke arah melestarikan pendidikan terbilang. Guru-guru tersebut adalah:
§1. Wan Normahizan Wan Mahmud
§2. Norfauzilah Rashid
§3. Maznah Hassan
§4. Kamar Roslina Bt Abdul Rahman
§5. Fauziah Hanim Md. Busu
Tahniah kepada semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran.
Jasa anda di SMK Paka tetap dikenang.
 |
| Pn. Hjh Kartina Bt Mohd Arepen (Sarawak) |
 |
| Pn. Mariana Bt Abd Ghani (Pahang) |
 |
| Pn. Susilawati Bt Sidek (Dungun) |
 |
| Pn. Juliana Bt Ghazali (Kemaman) |