Untuk mendapatkan paparan yang lebih baik sila gunakan Browser Mozilla Firefox 8.0 atau Browser Internet Explorer 9.0 ke atas.
AKTIVITI BULAN INI: Keputusan PT3 ***** Mesyuarat Guru ***** Pendaftaran Tingkatan 1 ***** Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 ***** Kejohanan Merentas Desa *****

Program Suaikenal Tingkatan 1 dan 4

Tarikh: 3 dan 4 Januari 2011
Tempat: Dewan Seri Gemilang (Tingkatan 1)
             Dewan Sei Cempaka (Tingkatan 4)
Anjuran: Unit Bimbingan Kaunseling, SMK Paka

Pelajar Cemerlang PMR Harumkan Nama SMK Paka

Keratan Akhabar Berita Harian 6 Januari 2011 (Sila klik gambar untuk besarkan)

Seramai 13 orang pelajar cemerlang yang mendapat semua A dalam PMR 2010 baru-baru ini telah mengharumkan nama sekolah apabila nama mereka terpampang di dada-dada akhbar utama negara bertarikh 6 Januari 2011.

Pihak sekolah berasa bersyukur di atas kejayaan ini dan amat berharap agar pelajar lain meneruskan kesinambungan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar cemerlang tersebut. Dengan slogan 'Excellence For All' yang menjadi pegangan semua warga SMK Paka, tidak mustahil kejayaan yang diharapkan pasti menjadi kenyataan. Ayuh kita buktikan...

SEMAK KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2010


Calon-calon MUET Akhir Tahun 2010 boleh menyemak keputusan mulai jam 12.01 tengah malam 6 Januari 2011  melalui SMS dengan menaip MUET No. K/P dan hantar ke 36363  atau 15888. Selain itu calon juga boleh menyemak secara on-line di www.mpm.edu.my mulai jam 9.00 pagi 6 Januari 2011
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Selamat Datang

Kami mengalu-alukan pertukaran guru-guru dari sekolah lain  ke SMK Paka. Semoga dengan kehadiran mereka dapat memantapkan lagi pasukan ke arah melestarikan pendidikan terbilang. Guru-guru tersebut adalah:
§1. Wan Normahizan  Wan  Mahmud
§2. Norfauzilah  Rashid
§3. Maznah  Hassan
§4. Kamar Roslina Bt Abdul Rahman
§5. Fauziah  Hanim  Md. Busu

Tahniah dan Selamat Bertugas

Tahniah kepada semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran.
Jasa anda di SMK Paka tetap dikenang.
Pn. Hjh Kartina Bt Mohd Arepen (Sarawak)
Pn. Mariana Bt Abd Ghani (Pahang)
Pn. Susilawati Bt Sidek (Dungun)
Pn. Juliana Bt Ghazali (Kemaman)

Sorotan Aktiviti SMK Paka 2010

Hari Pendaftaran Tingkatan Satu meriah

Tarikh: 1 Januari 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Gemilang

Aturcara majlis :
Ucapan pengerusi majlis
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua
Taklimat oleh GPK HEM
Pendaftaran pelajar mengikut kelas
Belian barang keperluan di Koperasi SMK Paka
Pengambilan Buku Teks




*Lagi gambar menarik hanya di Facebook SMK Paka

Terengganu Sekolah Isnin

KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan di Terengganu bermula pada Isnin ini, lewat sehari daripada jadual asal pada 2 Januari, apabila kerajaan negeri semalam mengumumkan Ahad sebagai cuti umum.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Razali Daud, berkata ia berikutan Ahad adalah cuti ganti kepada cuti umum pada hari ini, sempena kejayaan Malaysia menjuarai Kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengisytiharkan Jumaat sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan itu.

Sumber: Berita Harian (31 Disember 2010)

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi Persekolahan 2011

Mesyuarat Guru - 27 Disember 2010
Mesyuarat Kurikulum - 28 Disember 2010
Mesyuarat Hem dan Kokurikulum - 29 Disember 2010

En. Arrifin Bin Mohammad, Pengetua SMK Paka telah mempengerusikan ketiga-tiga mesyuarat tersebut yang bertempat di bilik mesyuarat SMK Paka. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya dan semua guru menunjukkan kesungguhan untuk memulakan sesi persekolahan 2011. Slogan 'Excellence For All' menjadi kata-kata semangat dalam merancang dan melakukan sesuatu aktiviti.
'Excellence For All'
Semua guru tekun bermesyuarat

Dapatkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM

Khas untuk semua guru di Malaysia: Dapatkannya sekarang...  
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan

Pendidikan Islam
Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sejarah
Geografi

Facebook SMK Paka

Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP